BERAT SEBELAH NGO DESAK BATALKAN PERJANJIAN
ANWAR-TRUMP 2025
KUALA LUMPUR, 27 NOV 25 – Sekretariat Kesatuan Melayu bersama beberapa NGO mendesak kerajaan menilai semula serta membatalkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat 2025 ( PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025), yang menurut mereka membawa implikasi besar terhadap kedaulatan ekonomi negara.
Mereka mendakwa, mendakwa PERJANJIAN ANWAR- TRUMP 2025 disifatkan berat sebelah, menjejaskan hak negara dalam perdagangan antarabangsa serta bertentangan dengan prinsip WTO dan Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).
“Ini suatu pengkhianatan pada negara. PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 ini merupakan perbuatan menjual negara demi kepentingan kuasa asing. Ini suatu jenayah besar,” katanya, dalam satu kenyataan.
Pendirian itu dibuat selepas sebuah jawatankuasa kecil ditubuhkan bagi meneliti aspek perundangan dan kedaulatan negara oleh NGO berkenaan hasil mesyuarat tertutup pada 19 Nov yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Antara ketetapan dibuat adalah mereka mendakwa PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 boleh menjadikan Malaysia terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat sekali gus mengekang kebebasan negara berdagang dengan rakan lain.
Tambah kenyataan itu, kritikan terhadap PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 bukan hanya didakwa datang daripada kumpulan luar kerajaan, malah turut diterima daripada beberapa wakil rakyat kerajaan serta individu dalam Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Selain tiga laporan polis setakat ini yang dibuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim NGO Sekretariat Kesatuan Melayu merancang satu lagi laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 28 Nov ini,
“NGO sama juga akan menyerahkan memorandum kepada Istana Negara serta Majlis Raja-Raja,” kata kenyataan itu.
Tegasnya, ia memerlukan keberanian dan tekad dari semua orang dan turut menyeru orang ramai menyokong usaha menolak PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 dan menyifatkan penentangan mereka sebagai kesinambungan perjuangan mempertahankan kedaulatan negara.
“Kita mesti lantang dan bersuara jelas melawan mana-mana orang yang khianat pada negara.
” Seperti waktu rakyat bangun menentang Malaya Union, kita perlu bangun dengan berani untuk menentang usaha licik penjajahan semula yang berselindung di sebalik perjanjian perdagangan,” katanya. Politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan