Selasa, 13 Januari 2026

PERJUANGAN PATANI MERDEKA


Serangan bom stesen minyak berkait rangkaian rompakan emas - Tentera Thailand


BANGKOK: Serangan Ahad lalu terhadap 11 stesen minyak di tiga wilayah sempadan selatan Thailand dipercayai ada kaitan dengan rangkaian sama di sebalik rompakan kedai emas berprofil tinggi di Sungai Kolok.

Komander Kawasan Tentera Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Norathip Poinok, berkata pihak tentera, polis dan pentadbiran sedang menggabungkan tenaga untuk memburu mereka yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, penyiasat menemui kesan darah di sebuah stesen minyak di daerah Choairong, Narathiwat dan pasukan forensik kini menganalisis bukti itu.

"Pihak berkuasa tidak menolak sebarang motif, termasuk faktor keselamatan dan dinamik politik tempatan, memandangkan serangan berlaku semasa tempoh pilihan raya pertubuhan pentadbiran sub-daerah (SAO).

"Bagaimanapun, serangan stesen minyak itu mempunyai kaitan dengan rangkaian yang sama mendalangi rompakan emas di Sungai Kolok, walaupun mungkin dilaksanakan oleh sub-kumpulan berbeza," katanya.

Kes sebelum ini membabitkan rompakan di cawangan kedai emas Yaowarat di dalam kedai Big C di Sungai Kolok pada 5 Oktober 2025.

Penyerang bersenjata itu melarikan emas bernilai lebih 35 juta baht (RM4.7 juta), menembak dan mencederakan seorang anggota tentera, serta meletakkan bahan letupan untuk melengahkan pihak berkuasa.

Agensi keselamatan berkata, bukti DNA dalam kes itu dikaitkan dengan kumpulan pemberontak dan suspek dipercayai melarikan diri melalui laluan semula jadi di sepanjang sempadan.

Susulan rompakan itu, pihak berkuasa mengetatkan kawalan sempadan sepanjang Sungai Golok, melebihi 100 kilometer, menutup laluan tidak formal utama dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menutup laluan keluar.

Norathip yang juga Pengarah Kawasan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah 4 berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kini mengenal pasti seorang suspek daripada kumpulan dianggarkan seramai 10 orang.

"Suspek berasal dari daerah Sungai Padi dan dikaitkan dengan beberapa kes keselamatan," katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan forensik ke atas trak pikap yang digunakan dalam serangan stesen minyak itu menemui DNA yang sepadan dengan kumpulan pemberontak, dan menegaskan pelaku bukan pegawai kerajaan, menolak dakwaan maklumat salah di media sosial. - AGENSI

WOW

GERILA 

PEMBEBASAN

TERLIBAT DLM

ROMPAKAN EMAS?

KAH KAH KAH

CERITA DONGENG

DARI SIAM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: