Selasa, 13 Januari 2026

MAMU BERJUMPA GEORGE GALLWOY DI KAMPUNG BARU



Nik Shahrifulnizam is feeling blessed  at Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

11 JANUARI 2026
Semalam Mamu hadir bersolidariti bersama rakan-rakan bertemu dengan figura penting dunia yang memperjuangkan nasib saudara kita di Gaza dan Palestin. Beliau ialah George Galloway, bekas MP British bagi kawasan Bethanel Green dan sekarang terkenal dengan rancangan monolog beliau di YT yg dinamakan MOATS (Mother Of All Talk Show).

Mamu masih ingat lagi pertama kali lihat beliau di kaca televisyen kabel menjadi hos untuk rangkaian Press Tv Iran. Mamu tak tengok di Malaysia tapi sewaktu Mamu berada di Montgomery, Alabama, Amerika tahun 2009.
Cara penyampaian beliau yang sangat berani dan lantang menentang hegemoni barat dalam menyampaikan naratif Revolusi Iran ketika itu memang membuat Mamu tertarik dengan beliau. Ketika itu Petang Menentang Keganasan oleh AS dan sekutu masih rancak lagi dan Arab Spring masih belum berlaku lagi.
Pada waktu itu Mamu sedang menumpang rumah seorang pakcik kulit hitam, bekas tentera, seorang muslim Sunni dan juga ahli Nation Of Islam. Jangan tanya bagaimana Mamu boleh tercampak di situ hanya Allah sahaja yang tahu rahsia Nya.
Setiap hari pakcik ini akan pasang tv melihat rangkaian Press Tv untuk mengetahui berita semasa dunia melalui perspektif Iran. Walaupun pakcik ni Sunni, tetapi dia sangat mengagumi Ayatollah Khomeini. Kami sentiasa akan berdebat tentang sistem pemerintahan Islam selepas zaman khalifah sepanjang Mamu menumpang rumah dia selama 2 minggu.
Mamu juga mengikuti pakcik ni bersolat di masjid-masjid yang terdapat di sekitar bandar Montgomery dan perhatikan yang dia akan bawa sepucuk pistol bersamanya sebagai langkah keselamatan bila berjumpa dengan muslim yang lain. Ketika itu beliau bercerita tentang 'Arab Invasion' yang kemudian baru Mamu paham tentang fenomena wahabi secara global.
Kembali cerita semalam, Selepas event habis, Mamu berpeluang makan di table VIP bersama Hishamuddin Md Rais dan duduk bersebelahan dengan anak George Galloway. Kami bersembang tentang London walaupun sekarang mereka menetap di Manchester. Menarik bila dia bagitau dulu pernah makan di restoran Makan Cafe di Portobello Road Market, tempat yang pernah Mamu kerja dahulu. Harap dia balik dan cuba makanan Malaysia di London nanti.
Satu pengalaman yang sangat bermakna untuk Mamu bila bertemu dengan orang-orang yang hebat.

Tiada ulasan: