Perang dengan Iran ibarat api yang membakar - Katib Hizbullah
BAGHDAD: Kataib Hezbollah, kumpulan pejuang paling berpengaruh yang disokong Iran di Iraq, mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak memulakan konflik dengan Tehran.
Amaran itu dikeluarkan ketika Presiden AS, Donald Trump, dilapor sedang menimbang pilihan ketenteraan terhadap Iran susulan protes berdarah di negara itu, selain mengulangi ancaman untuk menyerang rejim itu sekiranya menggunakan kekerasan terhadap orang awam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Kataib Hezbollah mengingatkan bahawa 'perang dengan Iran bukanlah sesuatu yang mudah.
"Api ini, jika dinyalakan, tidak akan padam sehingga kamu tersembam ke tanah dan kamu akan membayar dua kali ganda daripada apa yang tuan kamu yang tamak mahu kaut," katanya.
Kumpulan itu turut menggesa pejuang berdiri teguh bersama rakyat Iran sambil menyifatkan mempertahankan Iran sebagai mempertahankan kesucian umat Islam secara keseluruhan.
Mereka juga menyeru rakyat Iraq dan kumpulan sekutu supaya kekal berwaspada dan tidak terpengaruh dengan 'suara pengkhianat dan penakut'.
Iraq, sebuah negara majoriti Syiah, mempunyai hubungan rapat dengan Iran berikutan ikatan agama dan budaya yang mendalam. - AGENSI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan