PAGI INI
PAGI INI
SELASA 13 JANUARI 2025
DEMO DI IRAN
PENYOKONG KERAJAAN KELUAR BERDEMO
Kemarin gua lihat KLIP VIDEO ratusan ribu rakyat Iran telah keluar berdemo. Mereka menyatakan sokongan terhadap kerajaan Islamik Republik Iran. Di Tehran, di Mashad , di Qum dan kota kota lain ribuan telah turun.
Dari apa yang gua di fahamkan Pak Duta Iran DI KUALA LUMPUR telah memberi pencerahan. Kerajaan Iran tidak berganjak malah sedang menunggu serangan Amerika dan Isreal.
Mengikut Pak Duta – ajen Mossad telah membakar masjid untuk membuktikan bahawa rakyat Iran benci kerajaan. Tapi ini telah menimbulkan tindak balas – dan menjemput ribuan rakyat turun berdemo menyokong kerajaan.
AJEN MOSSAD dah silap taktik.
Internet PADAM – Maka muncul STARLINK dari Elon Musk. Mengikut maklumat Pak Duta – Starlink – gagal berfungsi . Para pejuang siber Iran berjaya MEMANDULKAN STARLINK. Kah kah kah.
Berita demo sokong kerajaan tak tersebar luas di media. Yang di jual hanya demo anti kerajaan yang ganas – Gambar Masjid di bakar di mainkan.
TAPI GAMBAR pendemo anti kerajaan yang bawa senjata TIDAK juga di tayangkan – Mereka keluar bersenjata. Justeru ramai polis dan soldadu Iran gugur.
PAK DUTA juga beri tahu: TURKI memainkan peranan baik – Erdorgan telah menghalang kumpulan bersenjata ISIS dan KURDISH masuk dari sempadan Turki ke Iran.
Tanda PERSAHABATAN – dulu ketika ada percubaan RAMPASAN KUASA yang cuba menjatuhkan Erdogan – Iran telah memberi bantuan pada Erdogan. Terima kasih daun keladi.
IRAN BERDEMO ANTI KERAJAAN DI KLCC
Gua juga di fahamkah kemarin ada 20 ke 30 Iran dari kumpulan GREEN – HIJAU. Mereka berdemo depan Pejabat Duta dan di KLCC.
Mereka PENYOKONG REZA SHAH dan anti kerajaan Islamik Republik.
Awas ! Mereka ini mendapat dana dari Mossad. Besar. Kemungkinan mereka juga buat KERJA RISIKAN DI MALAYSIA untuk MOSSAD.
Walau apa pun PAK DUTA beri tahu – All in control – semua dalam kawalan.
GUA – masih menunggu serangan Amerika dan Israel – Masuk lah – bom lah – turunkan soldadu – 90 JUTA IRAN sedang menunggu.
CHE GEUVERA 1967 berkata : Muncul kan satu dua tiga lagi Vietnam....
TUKAR TIUB 2026 berkata : Mailah datang ke Iran.. Trump lu jangan buat auta !!! Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah indah segar. Kemarin tak hujan. Langit biru indah. KL &KL Sentral berjerebu nipis. Kemarin panas. Matahari bersinar. Pipi gua merasa nikmat.
Pagi ini riuh. Di tepi pagar jalan masuk murai berkicau. Chip chip chip – tuk tuk tuk. Di Bukit tinggi How Wow melaung. Riuh suara unggas.
Ha ha berhampiran dengan Wakaf Pertama Siti dan Keluarga menunggu - sedang gua beri makanan – RATUSAN Pipit Uban terbang melintas dan berhenti di hadapan tempat gua memberi makan.
Wow – gua rasa ada lebih dari 300 ekor – terbang rendah berlegar dan masuk ke sawah rumput. Indah sungguh apa yang gua lihat – menjadikan pagi ini permai.
Berjalan pulang dari Wakaf Ketiga Jantan Baik dan Siti muncul mengekor. Semua Bergumbira.
Hari ini pasti panas. Sinar Tuhan Ra dah masuk ke balkoni gua. Gua harap panas sampai ke petang. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM MENYAMBUT
BERITA BAIK DARI IRAN
BRO
Kita ada tanggung jawab untuk memelihara semua hidupan. Lu ada kucing – lu ada burung – lu ada anjing – itu tanda lu manusia baik.
BRO
Bila lu nampak kucing atau anjing di jalan jangan pukul - Mereka juga penghuni dunia.
BRO
Jangan lupa sentiasa ada Friskies dalam saku lu – untuk kucing jalanan. Jangan lupa sediakan duit seringgit untuk penjual tisu. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA




Tiada ulasan:
Catat Ulasan