Selasa, 21 April 2026

ADA MASA SILA DATANG BANTU


BRO

GUA HANYA

MASAK NASI

BERI WARGA 

HOKKIEN MAKAN

AMIN

LU WARGA

 MCOBA KE?

AMIN

HOKKIEN INI

TAK JAUH DARI

BANGUNAN MCOBA

AMIN

JIKA LU ADA MASA

MARI  BERSAMA

TOLONG BANTU

KHALAS


Unknown commented on 

"BERANCUK SALAH
 HARI BULAN"

Madafaka PN, Abih yg Lu ari2 ke jirat cina Hokkien pergi menutoh anjing2 liar ko?

Bikin malu kolet Macoba je!

CERITA MANUSIA BAIK


DALAM DUNIA KITA

INI MANUSIA BAIK

MASIH MAJORITI

AMIN

BERANCUK SALAH HARI BULAN


BERANCOK

KAT KUBUR INI

TAMBAH EROTIK

AMIN

TAPI JANGAN

 SILAP MASA

AMIN

JANGAN GUNA

KUBUR DALAM 

BULAN 3 & 4

AMIN

MAC & APRIL  ADA 

PESTA CHING MING

 SEMBAHYANG

KUBUR

AMIN

TAKDA MODAL

BERANCUK DALAM

HUTAN BELUKAR

BUKIT BENDERA

KHALAS


Pasangan kes kelucahan jirat Cina dibebaskan, hukuman penjara 12 bulan diketepikan

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret  kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau di sebuah jirat Cina di Batu Gantung, Ayer Itam, bulan lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Rofiah Mohamad selepas membenarkan permohonan semakan yang difailkan pihak pembelaan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas M. Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37.

Dalam keputusannya, mahkamah mengekalkan sabitan terhadap kedua-dua tertuduh namun menggantikan hukuman penjara 12 bulan kepada tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkapan pada 23 Mac lalu sehingga hari ini.

Hakim Rofiah berkata, mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak representasi yang telah dipersetujui antara pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung semakan hukuman tersebut.

“Sabitan dikekalkan namun hukuman penjara 12 bulan digantikan dengan tempoh pemenjaraan dari tarikh tangkapan sehingga hari ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohamed Jaafar memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes rayuan yang difailkan pihak pembelaan masih di peringkat pengurusan kes sebelum permohonan semakan jenayah dikemukakan.

Menurutnya, pihak pembelaan turut mengemukakan representasi kepada pendakwaan yang kemudiannya dipersetujui, dengan semakan tertumpu kepada hukuman.

“Sabitan dikekalkan, namun dari segi hukuman, tempoh penahanan dan pemenjaraan boleh dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, peguambela, Datuk Naran Singh memaklumkan pihaknya telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini dan meneruskan tindakan melalui semakan.

“Kami memfailkan notis untuk menarik balik rayuan, jadi isu rayuan tidak lagi timbul dan akan diuruskan secara pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata, pihak pembelaan menerima sabitan namun berpandangan hukuman penjara setahun yang dikenakan adalah keterlaluan memandangkan kesalahan itu memperuntuk hukuman maksimum dua tahun penjara.

“Representasi telah dikemukakan kepada pihak pendakwaan dan ia diterima dengan cadangan hukuman digantikan kepada tempoh penjara dari tarikh tangkapan sehingga hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut di luar mahkamah, Naran berkata, kes itu dikendalikan secara pro bono dan menyifatkan hukuman asal sebagai terlalu berat.

Katanya, kes seumpama itu wajar diberi perhatian oleh Mahkamah Tinggi dan jika tidak, perkara berkenaan boleh dibangkitkan kepada Majlis Peguam.

Media pada 26 Mac lalu melaporkan Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap kedua-dua tertuduh selepas mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung pada 22 Mac lalu.

Mengikut rekod prosiding, mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini tular video berdurasi 38 saat memaparkan pasangan lelaki dan wanita dalam keadaan tidak berpakaian di sebuah jirat Cina, sebelum perbuatan itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan dan merakamkannya untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan siasatan. – MalaysiaGazette

TERAM MENGAMCAM LAGI !


TERAM BUAT

ANCAMAN AKAN

BOM SEMUA LOJI

LETERIK IRAN JIKA

IRAN TAK TERIMA

SEMUA TUNTUTAN

AMERIKA

AMIN

IRAN JAWAB

 TERAM:

MAK KAU HIJAU

KAH KAH KAH

KHALAS

168 MURID SEKOLAH GUGUR - KITA HANTAR 168 KONTENA BANTUAN


HARI PERTAMA

PERANG 28/2/26

 AMERIKA

BOM MATI 168

MURID SEKOLAH

AMIN

KITA JAWAB

DENGAN BANTUAN

168 KONTENNA

AMIN

PEMBACA YANG

BUDIMAN SILA

HULUR BANTUAN

KHALAS


168 kontena bantuan kemanusiaan: Peluang membantu rakyat Iran berdepan keganasan AS-Israel

Sejak serangan AS-Israel terhadap Iran pada 28 Februari, puluhan ribu keluarga telah kehilangan tempat tinggal.

Jet AS dan Israel menyasarkan kediaman awam, jambatan, pusat beli belah dan infrastruktur penting lain; malah universiti, sekolah dan kilang farmaseutikal turut tidak dikecualikan.

Beratus-ratus ribu malah jutaan kini terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Ibu bapa mencari tempat teduh yang selamat, sebuah masyarakat yang kini bergelut membina semula daripada kemusnahan.

Sementara itu, akses kepada makanan, ubat-ubatan dan air bersih semakin diancam.

Tragedi kemanusiaan bakal berlaku di seluruh Iran sekiranya dunia hanya berdiam diri tanpa mengambil tindakan.

Pertubuhan kemanusiaan sedang berusaha keras menyampaikan bantuan.

Baru-baru ini, China menghantar 58 tan bantuan perubatan kecemasan kepada Iran dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, termasuk ubat-ubatan dan bekalan penting bagi memperkukuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Iran-aid_posterIa masih tidak mencukupi untuk sebuah negara dengan penduduk hampir 100 juta orang, yang mana rakyatnya terang-terangan menjadi sasaran Donald Trump dan Benjamin Netanyahu.

Kempen Shajra Tayyiba, yang dinamakan sempena sekolah rendah di Minab, Iran, di mana 168 kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh peluru berpandu AS, merupakan inisiatif masyarakat untuk menyediakan 168 kontena bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat perang.

Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan bekalan kemanusiaan penting untuk mereka yang terjejas oleh konflik. Setiap sumbangan, tidak kira betapa kecil, boleh memberi kesan mendalam kepada kehidupan harian.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank berikut:

Nama Akaun: Embassy of the Islamic Republic of Iran
Nombor Akaun: 564428000986
Bank: Maybank



SAMBUNG RUNDINGAN ATAU SAMBUNG PERANG ?


SAMBUNG 

RUNDINGAN

ATAU

SAMBUNG PERANG ?

KHALAS