Selasa, 21 April 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SELASA 21  APRIL   2026

RAYA HARI KE 30 – TAMAT 

PERANG HARI KE 53

GENCATAN SENJATA  BERJALAN


ESOK  RABU 22 APRIL  GENCATAN SENJATA TAMAT
Teram mahu rundingan disambung di Islamabad Pakistan. Iran tak mahu datang.

APA AKAN JADI?

Mungkin delegasi Iran akan datang di saat akhir.  JD Vance , Naib Presiden Amerika, dah anak naik pesawat NAK TERBANG KE PAKISTAN – jeng jeng jeng.

IRAN TIDAK AKAN TERIMA DESAKAN AMERIKA UNTUK BATAL PROGRAM NUKLEAR – malah lepas ini untuk selamat, IRAN AKAN BUAT BOM NUKLEAR.

Ikut cara Korea Utara -  ADA BOM NUKLEAR – tak ada sapa berani kacau.

APO KONO NOGORI KAU JANG ?
JANG OOI JANG ....APO JADI KEK SENANTI  - apo gaduh Tok Undang dongan Yamtuan ?

Den pun sodang cari nak dongar cerito nak dongar berito... jeng jeng jeng.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin petang hujan lebat – kilat petir sabung menyabung.  Pagi ini langit kelam. KL & KL Sentral berkabus. Matahari dilindungi awan gelap.

Pagi ini Siti dan keluarga datang – tapi tak ramai – Emak tak sampai – entah ke mana bertandang.

Bila gua berjalan pulang singgah di Wakaf Pertama – Tiong dah datang berlabuh – dah berdiri menunggu di atas makam.  Pagi  ini Tiong datang  laki bini.

Gua harap hari sakan panas -  tapi dari laporan gua baca macam MUSIM HUJAN dah sampai ?

Jelas cuaca dan iklim dunia makin berubah. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Itik mengeram beranak ramai
Duduk di rumah bermain guli
Teram lengit nak runding damai
Iran menang tak ambil peduli

Kurnia derajat raja di sembah
Pangkin cantik di tepi  kerusi
Dunia politik makin berubah
Di pangkin oleh pemikiran  Parsi

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



Tiada ulasan: