Khamis, 27 Julai 2023

AKTA HASUTAN - JANJI DI CAPATI


LFL kecam rancangan baharu untuk Akta Hasutan

LAWYERS for Liberty (LFL) menyelar kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung rancangannya untuk meminda dan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan berkata ia “pengkhianatan tidak boleh diterima terhadap janji pembaharuan”.

Pertubuhan masyarakat sivil hak asasi manusia dan pembaharuan undang-undang itu mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau dan gabungan PH berada dalam pembangkang, mereka konsisten berjanji kepada rakyat Malaysia akan memansuhkan Akta Hasutan jika mengambil kuasa persekutuan dan memasukkan ia dalam setiap manisfesto pilihan raya.

“Dengan berkuasa sekarang, mereka kini berubah,” kata penyelaras kempen Nabila Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Adalah satu pengkhianatan terhadap janji reformasi bagi kerajaan yang kini berpatah balik daripada janji untuk memansuhkan Akta Hasutan dengan kononnya mengehadkan penggunaannya kepada perkara melibatkan institusi diraja sahaja,” kata Nabila ketika menggesa kerajaan menggugurkan rancangan mengekalkan Akta Hasutan dan sebaliknya memansuhkan undang-undang itu secara keseluruhannya.

Kumpulan itu mengkritik kenyataan 25 Julai dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman yang berkata Kabinet bersetuju mengkaji semula Akta Hasutan 1948 dan pindaan akan dibuat untuk mengehadkan penggunaannya kepada perkara melibatkan institusi diraja sahaja.

Nabila berkata undang-undang itu, yang digubal semasa era penjajah, adalah “perundangan kuno dan kejam yang menimbulkan ancaman dahsyat kepada kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan (Persekutuan) kita”.

“Akta Hasutan sangat samar-samar dan meluas sehingga hampir mustahil untuk orang awam mengetahui jenis komen yang akan disifatkan berbaur hasutan.

“Oleh itu, ia akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan menghalang wacana yang membina,” katanya.

Nabila juga menegaskan banyak negara komanwel memansuhkan undang-undang era kolonial atau tidak menggunakannya kerana menjadi alat penindasan bagi menyekat ungkapan perbezaan pendapat dan mengekang kebebasan bersuara.

Beliau berkata rancangan kerajaan pimpinan PH untuk memberikan undang-undang itu nafas baharu tidak boleh diterima.

Beliau menambah undang-undang seperti Akta Hasutan, yang menghina hak asasi tidak boleh dipinda, tetapi mesti dihapuskan.

Hanya dengan berbuat demikian, kerajaan akan menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam menegakkan kebebasan bersuara mengikut Perlembagaan Persekutuan dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, katanya. – 27 Julai, 2023.


WOIT

RAMAI DAH

JADI MANGSA

BAGINDA QUEEN

AMIN

RAMAI DAH LAWAN

AKTA HASUTAN

AMIN

TAPI JANJI

MASIH DI CAPATI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: