Khamis, 27 Julai 2023

PENCURI YANG BIJAK


Tiada makluman derma akan masuk akaun Najib, kata Zeti

BEKAS gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bekas pengarah urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Najib Razak di bank itu.

Zeti, 76, berkata Cheah Tek Kuang mengunjunginya di BNM pada 28 Januari 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu perdana menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).

Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 itu berkata walaupun akaun itu dikodkan sebagai “AmPrivate Banking – MR” untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.

“Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.

“Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada timbalan gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Februari 2011 kepada Najib,” kata beliau.

Zeti berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada AmBank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.

“Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.

“Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 27 Julai 2023.


NAJIB BIJAK

DUIT CURI

JADI DUIT DERMA

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

PEMIMPIN MELAYU

ISLAM YG BIJAK

KAH KAH KAH

BOLEH PAKAI

NAMA  TOK ARAB

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cerita sambung cerita lagi lama lagi cerita akan keluar tapi masa pegang kuasa tak ada siapa berani bising kecuali Atok, kah kah kah tapi kenapa Atok bising walhal anak didikan sendiri, Atok ajar semuanya kah kah kah siapa tak jatuh kerana Atok kesian