Khamis, 27 Julai 2023

SATU LAGI KES MAHARAJA POTONG KEPALA



Ramasamy pula bantah selepas tidak dicalonkan, dakwa wujud 'tangan ghaib' dalam DAP


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy mempersoalkan tindakan DAP menggugurkan beliau dan beberapa exco lain daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan, mengulangi dakwaan rakan pemimpin parti itu yang menyelar seorang "maharaja" yang tidak dinamakan yang menurutnya boleh membawa negeri itu ke arah pemerintahan diktator.

Ramasamy, seorang ahli DAP yang lantang dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tiga penggal, juga bersetuju dengan pandangan penyandang Bagan Dalam, Satees Muniandy bahawa mereka yang tidak tersenarai sebagai calon untuk pemilihan 12 Ogos adalah mereka yang menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk kekal memegang jawatan tertinggi negeri itu.

Katanya, walaupun boleh menerima keputusan untuk digugurkan berdasarkan hujah DAP mahu membawa masuk pemimpin muda, namun ia bukanlah yang sebenarnya berlaku apabila parti itu juga menggugurkan ramai pemimpin lain.

"Tetapi mengapa exco lain yang menunjukkan prestasi terbaik seperti Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee, serta Adun Bagan Dalam M Satees? Anda kata ia adalah mengenai peremajaan. Ini adalah pemimpin muda yang bagus," katanya dipetik New Straits Times. 

"Adakah kerana mereka menyokong Chow, mereka dicantas? Bagaimana lagi anda perlu jelaskan mengenai pemilihan calon? Jelas sekali pemilihan itu berdasarkan kecenderungan politik dalam DAP Pulau Pinang. 

"Maksud saya, pemilihan dibuat kerana penjajaran politik.”

Beliau berkata mereka yang berada dalam kem “tangan ghaib” semuanya dinamakan sebagai calon.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menamakan tujuh muka baru untuk pilihan raya negeri. 

Selain Satees dan Ramasamy, Ketua Wanita DAP Chong Eng juga antara penyandang yang digugurkan. 

Sementara itu, Pengerusi DAP Lim Guan Eng juga disenaraikan untuk mempertahankan kerusi Air Putih.

Komen Ramasamy dibuat beberapa jam selepas Satees semasa sidang akhbar hari ini menyelar seorang "maharaja" yang identitinya jelas kepada semua orang.

"Kami mengamalkan demokrasi di Pulau Pinang, kami tidak memerlukan maharaja di Pulau Pinang. Saya tidak berada di kem maharaja, saya telah dicantas. Saya nak beritahu maharaja itu: kamu bukan maharaja selama-lamanya," kata Satees.

Satees menyerang seorang individu dipercayai pemimpin paling kanan dalam partinya, tentang ancaman daripada "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin DAP kepada pencapaian Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum lalu. 

Beliau menyifatkan amaran mengenai “gelombang hijau” hanyalah taktik untuk menakut-nakutkan rakyat negeri itu, sambil menambah bahawa alternatif mereka ialah "Xi Jinping", merujuk kepada presiden China yang juga pemimpin Parti Komunis.

"Anda tidak mahu 'gelombang hijau'; tapi anda mahu Xi Jinping? Dalam erti kata lain Xi Jinping paling berkuasa. Anda mahu menggunakan 'gelombang hijau' untuk membawa masuk maharaja? Biarkan rakyat menjadi hakim." 

Awal bulan ini, Lim menimbulkan kontroversi berhubung amarannya bahawa "gelombang hijau", frasa yang digunakan oleh pemimpin parti untuk merujuk kepada kejayaan PN dalam pilihan raya tahun lepas, akan menjejaskan kebebasan beribadat dan hak-hak orang bukan Islam. 

Kenyataan itu mencetuskan beberapa laporan polis terhadap Lim. 

Menurut polis siasatan terhadap ucapan Lim hampir selesai tetapi setakat ini belum ada pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Bekas ketua menteri itu melepaskan jawatannya pada 2018 selepas beliau dipindahkan ke Kabinet Persekutuan sebagai menteri kewangan. 

DAP bertanding dan memenangi kesemua 19 kerusi DUN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14

MAHARAJA PENANG

BANYAK PANCUNG

KEPALA YB

KAH KAH KAH

YANG PUTUS KEPALA

TIMBALAN KETUA

MENTERI

KAH KAH KAH

SAPA DIA

MAHARAJA INI ?

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alo tt.. anak tan sli ka... bila jadi mahalaja ?