Ahad, 12 Mei 2024

MEDIA WAJIB DI KONTROL KALAU TAK KERAJAAN RUNTUH


Bagaimana kebebasan akhbar dikekang di Malaysia

DALAM mempertahankan kedudukan kebebasan akhbar Malaysia yang jatuh baru-baru ini menerusi laporan Kebebasan Akhbar Dunia 2024, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berhujah kerajaan Malaysia tidak seperti rejim Israel dan tidak membunuh orang.

Ini jawapan beliau kepada pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang menegaskan Malaysia malah berada pada kedudukan lebih rendah daripada negara Zionis yang kini terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan secara terang-terangan.

Baru-baru ini media melaporkan, Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Frontiers (RSF) manakala Israel di tempat ke-101. Ini adalah penurunan yang amat ketara bagi Malaysia daripada tempat ke-73 daripada 180 negara yang diperoleh tahun lepas.

Sehingga kini negara Zionis itu telah membunuh 142 wartawan Palestin sekali gus dengan cara kejam mengekang laporan kritikal serangan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

Selain daripada penutupan media global Al Jazeera oleh Israel baru-baru ini, rangkaian penyiaran barat khususnya CNN yang membuat laporan mengenai Israel dan Palestin juga disemak oleh tentera Israel.

Sememangnya kes di atas adalah contoh yang jelas tentang bagaimana Israel dengan berani dan ganas menindas kebebasan akhbar.

Walau apa pun, ini tidak seharusnya mengalihkan perhatian kita daripada hakikat bahawa kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara juga boleh dihalang dengan cara yang agak halus tetapi tidak kurang berbahaya dan menghukum. – 11 Mei, 2024.


WOIT

JANGAN TAK

FAHAM

AMIN

MEDIA WAJIB

DI KONTROL

JIKA TAK 

MAHADANON

RUNTUH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woit kah kah kah kah kontrol jgn x kontrol jatuh papanon depa pun merudum, 47 kes , jawatan mcmana nk enjoy d menjoy?