Ahad, 12 Mei 2024

TANPA POKOK KITA MATI




Pokok tumbang: Rawat dulu, jika berisiko baru tebang – Nik Nazmi

PELABUHAN KLANG – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perhutanan untuk menentukan sejauh mana pokok-pokok berusia dan uzur berisiko tinggi sebelum ditebang.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, lazimnya pokok berusia dan uzur itu akan dirawat terlebih dahulu dan tindakan menebang hanya dilakukan jika benar-benar mengancam nyawa.

“Kebanyakan pokok ini dalam kawasan kerajaan tempatan, mereka ada garis panduan tersendiri, biasanya mereka mempunyai pakar pokok.

“Kita mahu peliharaan seberapa banyak yang mungkin kerana untuk mencapai saiz itu (tumbesaran) itu memakan masa bertahun lamanya.

“Kalau ia mendatangkan kecederaan, kita kena rawat atau buat sesuatu, ada kes kalau teruk sangat baru dia potong dan perlu diganti baharu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti sebanyak 175 pokok berisiko tinggi yang mana sebahagian besarnya berusia lebih 50 tahun.

Menurut DBKL, dari jumlah itu, sebanyak 147 daripokok terbabit sudah ditebang.

Selasa lalu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur mengorbankan nyawa seorang lelaki dan menyebabkan dua individu cedera ketika hujan lebat dan angin kencang.

Pokok tersebut juga jatuh dan menghempap 17 kenderaan serta landasan Monorel. – MalaysiaGazette


PADANGAN

MENTERI WAJIB

DI PUJI

AMIN

POKOK AMBIL

BERTAHUN UNTUK

TUMBUH

AMIN

NAK TEBANG

AMBIL MASA 

SETENGAH JAM

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tebanglah kalau boleh bunuh orang..

Tanpa Nama berkata...

Tebang boleh tapi ganti dengan pokok baru, tanam semula mudah saja kan? Kalau ganti balik pokok yang tua reput uzur tak ada masalah pun, tapi kalau ada menteri ada agensi macam-macam sampai majlis perbandaran pun jenama longlai terus membawa kehancuran dunia, penguatkuasaan pulak asyik cari saman kereta parking saman tepi jalan tapi meniaga sampai tutup jalan dengan meja kerusi sekali buat tak nampak pulak, itu yang rakyat meluat tengok, kalau adil saksama kepada semua tak ada masalah woit kah kah kah jangan hanya pandai bercakap tapi hasil kerja kosong kah kah kah