Ahad, 12 Mei 2024

APA BOLEH JUAL AKAN DIJUAL



Kumpulan aktivis dedah kegiatan bida bayi di Facebook

BANGKOK: Sebuah laman Facebook aktivis Thailand, Pakpoom Dechhasdin, melaporkan terdapat aktiviti penjualan bayi melalui kumpulan di media sosial berkenaan.

Aktivis terbabit, Pakpoom Dechhasdin, juga dikenali sebagai 'More Lab Panda', menyiarkan gambar yang menunjukkan sebilangan besar individu dalam kumpulan Facebook membayar sejumlah wang untuk bayi perempuan dari utara Thailand.

Ketika ditanya dalam kumpulan itu mengapa orang ramai tidak memilih untuk mengambil anak angkat secara sah, jawapan yang diberikan adalah, ia membabitkan banyak kertas kerja

"Terpaksa melalui proses undang-undang membabitkan banyak kertas kerja, kelayakan dan menelan kos lebih daripada sekadar membeli bayi di kumpulan Facebook," katanya.

Bakal pembeli berkata bahawa dia hanya memperoleh pendapatan 18,500 baht (RM2,373) sebulan dan ditolak oleh banyak agensi anak angkat kerana gaji tidak mencukupi.

Penjual akan menyiarkan gambar yang mengatakan mereka hamil, dan meminta orang ramai membida untuk mendapatkan bayi mereka.

Seorang ahli kumpulan memberitahu bahawa mereka membelanjakan lebih daripada 50,000 baht (RM6,414) untuk cuba mengambil anak angkat, namun ditipu berkali-kali.

Selepas laman Facebook itu mendapat perhatian, orang ramai menyatakan kebimbangan bahawa ia dilakukan dengan niat tidak jujur dan menjurus kepada pemerdagangan manusia.

Laman Facebook itu kini bagaimanapun ditukar kepada kumpulan peribadi dan tidak kelihatan apabila melakukan carian dalam talian.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan bahawa 400,000 pengguna Internet berumur antara 12 dan 17 tahun di Thailand menjadi mangsa kes eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian setiap tahun.

Bagaimanapun hanya antara satu hingga tiga peratus kanak-kanak melaporkan kes berkenaan kepada polis. - AGENSI


MANUSIA MAKIN

KACAU

AMIN

APA BOLEH JUAL

AKAN DI JUAL

AMIN

SEMUA CARI

UNTUNG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada orang kaya, tiada zuriat, tiada anak, pancut tak hasilkan apa apa maka tidak salah ambil anak angkat, anak orang lain selalu orang susah dibela sebagai anak sendiri, ini baik, tetapi kalau buat perniagaan memang salah, tapi orang kita suka buat salah kemudian nafi kata orang-orang lain curi walhal dia sendiri curi, maka kita berhati-hati dengan perangai manusia macam ini, kita jangan terlalu hukum halal haram tapi najisnya bau sendiri kah kah kah nak jadi arab tak salah tapi bukan perangai buruk jahiliyah amin