Selasa, 28 Januari 2025

SURAT NIKAH KAHWIN


SURAT NIKAH

KAHWIN DARI

CIK GU BARD


Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) nak jadi apa ?

Saya antara awal dapat makluman mengenai kes anak menteri menyerang gadis yang telah dia telah mengandungkan untuk desak gugurkan kandungan. Saya juga dapati ada dua laporan polis dibuat. Satu oleh gadis itu dan kedua oleh seorang lelaki yang turut dikasari dan diancam dalam kejadian serangan tersebut. Dua Laporan itu menamakan anak menteri tersebut. 

Polis dilihat tidak bertindak akan kejadian tersebut kalau orang lain pasti sudah ada tangkapan dibuat. 

Awalnya saya hendak membuat laporan polis ke atas semua maklumat yang saya ada namun atas beberapa maklumat tambahan saya batalkan. Namun channel telegram EDISI SIASAT telah mendedahkan sebahagian maklumat yang saya perolehi. Saya berdiam kerana saya jangka ada permainan politik dalaman PKR cuba guna isu ini menjelang pemilihan PKR. 

Dua hari selepas itu kes itu mula sejuk. Namun kes itu meletup selepas Ketua Polis Negara membuat kenyataan terbuka menyatakan yang anak menteri itu sudah bernikah. Ia mengundang perbagai kecaman kerana jika sudah bernikah apa gilanya anak menteri pergi serang gadis itu dirumah "perlindungan" ugut suruh gugur ? 

Selepas itu kes itu mengendur 48 jam. Namun Ketua Polis Negara nampaknya sekali lagi meletupkan kes itu dengan mengesahkan sijil nikah memang wujud dan sahih. Orang ramai mengecam kerana bukan kerja atau bidang kuasa KPN mengesahkan sijil nikah. 

Namun mangsanya ialah Menteri itu kes yang mula sejuk terbakar meletup. Ramai mula pertikai yang dilapor polis ialah kes jenayah ugutan fizikal bukan sama ada nikah atau tidak. Kalau nikah pun perlu ditahan perlaku paling tidak kerana keganasan RUMAH tangga. Saya dihubungi beberapa pihak termasuk dari PKR untuk bantu saya cari saksi rakam video pengakuan kejadian dan sebarkan. 

Sebelum itu imej gadis terbabit tak dapat dicari kecuali melalui carian menemukan akaun seorang perempuan anggota AMK Lembah Pantai mendedahkan identiti gadis tersebut. Saya buat posting kerana nampaknya kes ini semakin berbau pemilihan PKR. 

Kini kes itu mula sejuk dan mula dilupakan tetapi saya telah dihubungi oleh pegawai penyiasat dari IPD Brickfield untuk hadir ke Balai Travels bagi disoal siasat berkenaan posting media sosial saya berkaitan kes ini. 

Saya nasihat kepada Menteri terbabit. Saya masih anggap dia kekanda saya, berjaga jagalah, diyakini ada dalam regim kalangan kamu yang sedang gunakan kes itu bagi menjatuhkan kamu menjelang pemilihan PKR Mei 2025 dan tak nak kes ini sejuk. 

Bila kes mula sejuk mereka gerakkan pula PDRM panggil Che GuBard dan mungkin rampas HP. Bila HP cheGuBard dirampas kerana kes itu , dalam jangkaan itu dah tentu cheGuBard tak akan diam dan silap gaya saksi saksi kejadian akan dicari dan dirakam video pengakuan. 

Kepada PDRM apa jadi kes posting provikasi Harith Iskander yang sehingga mengundang Cecilia Yap hina Rasulluh dengan samakan baginda dengan babi ? Yang sampai hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tak padam ? 

Harith lepas bebas Cecilia Yap tenang hanya minta maaf sedangkan yang buat posting kecam tindakan itu ada yang ditahan reman bersambung hampir seminggu. Di Malaysia nampaknya hina pemimpin negara terus ditahan ditepi lebuhraya direman dan untuk hanya jamin puluh ribu dikenakan tapi hina Rasulullah anda bebas? 

Saya mohon maaf kepada Inspektor pegawai penyiasat IPD Brickfield kerana dedahkan panggilan tuan dan maaf saya akan datang ke IPD Brickfield lepas cuti tahun baru cina..... Nasiblah kita semua bila parti luar tabie memerintah menjelang pemilihan kempennya juga luar jangka....

Bantu saya klik https://www.facebook.com/share/p/1546geh7dq/ 

Tiada ulasan: