Selasa, 28 Januari 2025

BUKAN SENANG NAK DAPAT BIDADARI




Pakej umrah cap ayam: 'Kami diberi rumah tumpangan diduduki pekerja Bangladesh, Pakistan di Madinah'

KUALA LUMPUR: "Dah macam gelandangan, satu bilik ada 7, 8 katil." Itu antara kekecewaan dikongsi jemaah kerana mendakwa 'ditipu' agensi umrah yang menawarkan perkhidmatan 'indah khabar dari rupa'.

Apa yang lebih mengejutkan, ada dalam kalangan jemaah ini mendedahkan mereka ditempatkan di kawasan rumah tumpangan yang diduduki pekerja warga asing dengan persekitaran terlampau kotor.

Kalangan jemaah umrah berkongsi perkara itu ketika berada di Madinah mengenai tempat penginapan 'cap ayam', malah mereka mengadu perkhidmatan lain seperti sajian makanan dan pengangkutan turut mengecewakan.

Seorang daripada jemaah terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad memberitahu BH beliau dan tujuh ahli keluarga lain membayar pakej lebih RM8,000 seorang, namun kesal kerana apa yang dijanjikan tidak ditepati.

"Rombongan kami ada 39 jemaah dan terbang untuk menunaikan umrah pada 16 Januari lalu. Di Makkah, keadaan baik sahaja tetapi sampai di Madinah, kami rasa tertipu kerana tak dapat hotel sebagaimana dijanjikan.

"Kami sekeluarga terpaksa duduk bercampur lelaki dan perempuan dalam satu bilik. Lebih mengecewakan kami diberi rumah tumpangan yang diduduki pekerja Bangladesh dan Pakistan.

"Satu bilik disumbat tujuh hingga lapan orang, sudahlah keadaan sangat kotor, tandas pun di luar bilik, bau hancing pula merata-rata," katanya kepada BH.

Sementara itu, seorang lagi jemaah umrah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul memaklumkan membayar pakej umrah bersama majikan dan seorang lagi kakitangan bernilai lebih RM45,000, malangnya ia langsung tak berbaloi.

Beliau antara mangsa yang terpaksa mencari hotel sendiri kerana tidak sanggup duduk di rumah tumpangan disediakan agensi umrah terbabit.

"Kos perbelanjaan jadi tinggi sebab kami bertiga perlu bayar sendiri kos hotel selama enam hari di Madinah sekitar lebih RM1,000.

"Kami pilih untuk bayar sendiri hotel lain kerana keadaan di rumah tumpangan terbabit sangat tak selesa, agak padat, apatah lagi saya sendiri lihat keadaan keluarga yang ada anak kecil dan ibu bapa kurang sihat yang berhimpit-himpit dalam satu bilik.

"Agensi umrah hanya hantar mesej mohon kami reda kerana musim puncak seperti ini, keadaan sukar dijangka dan boleh berlaku perpindahan hotel, tetapi mereka tak tampil pun untuk jelaskan hal sebenar.

"Lebih membuatkan kami marah kerana dapat tahu bos besar agensi umrah terbabit ada di Madinah, namun tak langsung datang untuk dengar atau selesaikan masalah kami," katanya.

Nurul berkata, antara masalah lain yang timbul adalah dari segi pengangkutan. Kemudahan bas yang dijanjikan untuk membawa jemaah ke masjid 'tidak muncul' sehingga mereka terpaksa menaiki teksi atau kereta sapu untuk pulang ke hotel.

"Makan pun bermasalah, kadang ada, ...kadang tak ada. Jadi nak tak nak kenalah cari makan sendiri, jadi bertambah-tambah kos kami perlu tanggung.

"Sampai hari ni nak ke lapangan terbang (pulang ke Malaysia) pun naik teksi, tak ada bas disediakan," katanya.

Sejak beberapa hari lalu tular terutama di media sosial pelbagai isu membabitkan jemaah umrah yang mendakwa tertipu dengan perkhidmatan diberikan agensi umrah tertentu.

Ada jemaah berang kerana ditempatkan di hotel yang daif dan jauh berbanding yang dijanjikan, malah ada yang mengadu seperti duduk dalam hostel, berhimpit beramai-ramai dengan kemudahan disediakan hnaya katil, tanpa bilik air di dalamnya.

Bagaimanapun, menurut agensi umrah, situasi itu adalah lumrah ketika musim puncak terutama Disember hingga Januari ini berikutan permintaan hotel yang melebihi penawaran, selain ada pihak hotel yang didakwa bertindak membatalkan tempahan berikutan ada yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.


WOIT 

JUAL AGAMA

ADALAH NIAGA

KEDUA PALING

TUA DALAM DUNIA

KAH KAH KAH

NIAGA PERTAMA

APA?

KAH KAH KAH

LU NAK TAHU

PASAI APA?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: