Isnin, 22 September 2025

AEROTREE KRONI SAPA?




Kerajaan Tegas Batalkan Sewaan Blackhawk, Mindef Ada Asas Kukuh – Menteri


KUALA LUMPUR, 22 Sept – Kementerian Pertahanan (Mindef) mempunyai asas kukuh membatalkan kontrak sewaan lima tahun melibatkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pertahanan  Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menjelaskan pembatalan itu dibuat kerana syarikat yang diberi penganugerahan, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd, gagal menyerahkan helikopter seperti yang dijanjikan walaupun telah diberikan lanjutan masa.

“Kerajaan beri penganugerahan untuk mereka bekalkan helikopter, tetapi dalam masa yang ditetapkan ia tidak dapat dibekalkan. Walaupun diberi lanjutan masa, ia tetap gagal diserahkan. Jadi atas sebab itu kerajaan batalkannya.

“Ini berbeza jika helikopter sudah dibekalkan, kemudian kerajaan membatalkan (kontrak). Itu cerita lain. Pokoknya, kerajaan ada asas kukuh untuk batalkan kontrak ini,” katanya selepas lawatan kerja di Kem Lok Kawi, Sabah.

Bagaimanapun, Khaled tidak mendedahkan secara terperinci tindakan susulan terhadap Aerotree, yang minggu lalu memfailkan saman berjumlah RM353 juta terhadap kerajaan susulan pembatalan kontrak tersebut.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menitahkan Mindef agar membatalkan cadangan pembelian helikopter Blackhawk lama yang usianya melebihi 30 tahun.

Kes saman itu kini menambah tekanan terhadap kementerian, namun Khaled menegaskan tindakan pembatalan adalah berlandaskan kegagalan syarikat memenuhi obligasi kontrak. @politiko.my

AEROTREE

INI KRONI 

SAPA?

AMIN

SAPA YANG

SELALU NAIK

HELI SYRAIKAT

INI ?

JENG JENG JENG

NAK SAMAN ?

BERLAGAK

KASAR

AMIN

TERUS TUTUP

SYARIKAT INI

DAN  BEKUKAN

HARTA

KHALAS

Tiada ulasan: