PAGI INI
PAGI INI
SENIN 22 SEPTEMBER 2025
NEW YORK AMERIKA
Minggu ini Persidangan Tahunan PBB bermula di New York. Kali ini agenda utama ialah Palestin. Banyak negara Eropah – UK, Canda. Australia, France dan Belgium akan mengiktiraf Palestin.
Tapi ini TIDAK ADA MAKNA APA- APA – pembunuhan berterusan. Angka mati bertambah. Gaza hancur. Tebing Barat banyak wilayah di masuki oleh Zionis Yahudi.
PLO dan Mahmud Abas yang kini menjadi SUB-KONTREKTOR untuk Israel hanya melihat. Delegasi PLO tidak di beri visa untuk masuk ke Amerika. Kesian KONTREKTOR tak dapat projek baru - KAH KAH KAH.
Yang penting IALAH HENTIKAN PEMBUNUHAN. Ini perlu di bincang.
Dua Negara - Tiga Negara TIDAK PENTING kerana Israel masih mendapat sokongan Amerika.
Palestin di JAJAH justeru hentikan PENJAJAHAN. Dirakan negara Palestin di mana Arab dan Yahudi boleh tinggal dalam negara Palestin yang sekular MERDEKA dan demokratik. Ini PIAGAM AL- FATAH sebelum pembelot seperti Mahmud Abas masuk.
Awas !!! Para Globalis sedang merancang PERANG DUNIA – kali ini Rusia akan di jadikan musuh. Kalau dulu Hitler kini Putin.
CIA, MI5 dam Mossad sedang bekerja sama dengan Intel Ukraine untuk memastikan Amerika terjerut sama dapam perang ini. Tanpa Amerika masuk Eropah tidak ada kekuatan bala tentera.
Seminggu ini DRONE Rusia di katakan masuk ke wilayah Poland.. Masuk ke wilayah Estonia. Semua ini adalah OTEK-OTEK untuk bawa perang.
UK, German dan France sedang menjadi juru jual perang. AMIN
AMERIKA
Chales Kirk – penyokong kuat Trump yang di tembak mati minggu dulu selamat di kebumikan di Arizona. Ribuan datang beri penghormatan terakhir. Trump dan kabinet Trump hadir.
GERMAN
Jet pejuang German ke udara bila di laporkan Pesawat Jet Rusia melintas di Laut Baltic.
ISRAEL
Setanyahu akan datang ke Amerika dan menemui Trump. Israel menolak semua resolusi PBB. Malah Zionis Israel Blackrock tidak akan menerima projek Palestin Merdeka.
FILIPINA
Demo – rakyat berdemo di Manila – melawan Kerajaan yang RASUAH. Jelas MUSIM BUNGA ASIA makin merebak.
MALI
Anak kembar 9 di Mali. Kini membesar berumur 4 tahun. Ini satu rekod dunia.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Matahari dah keluar. Sinar terasa panas. KL & KL Sentral berkabus tebal- Kemarin hujan lebat. Di Pintu Masuk TUK TUK TUK suara amat kuat – ini bukan tuk tuk tuk kecil.
Sampai ke depan Pokok Ara – warga Hokkien dah marah. Gua naik ke wakaf dengan makanan, Ha ha. Ha – kali ini Emak datang dengan 4 ekor PUPPY – termasuk yang berwarna hitam.
Kemana mereka hilang selama ini – Gua tak tahu mereka menumpang di hotel mana – kini datang kembali ke Wakaf.
Abah dan Emak datang juga makan pagi ini.
Seperi biasa gua bersuara – PUCI PUCI PUCI – dua ekor Puppy datang berkejar. Mereka makan atas kubur. Tak Tak dan Ezi hanya memerhati.
Pagi ini gua gumbira kerana Puppy Bulu hitam datang makan.
Petang ini jika hujan maka malam akan sejuk santai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
Dalam dunia ini bahagia ialah apabila kamu bercinta dan dicintai.
BRO
Lu bercita sekarang, jangan buang masa. Jangan tangguhkan cinta itu.
BRO
Jika cinta berakhir jangan risau lu boleh buat cinta baru. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCINTA


1 ulasan:
Bro xde nama lain ke selain panggil Puki Puki puki..panggil la nama jubo jubo jubo baru lu blh ingat selalu kat madafaka
Catat Ulasan