Isnin, 22 September 2025

RABUT TAUFAN LAUTAN SUNDA



Filipina, Taiwan siap siaga hadapi Taufan Super Ragasa

MANILA: Filipina dan Taiwan semalam meningkatkan kesiapsiagaan berdepan Taufan Super Ragasa yang membawa angin kencang serta hujan lebat, sebelum dijangka melanda selatan China.

Menurut agensi kaji cuaca Filipina, ribut itu semakin mengganas ketika bergerak ke barat laut dan dijangka membadai kawasan berpenduduk jarang seperti kepulauan Batanes atau Babuyan pada awal petang ini.

Setakat jam 11 malam tadi waktu tempatan, pusat ribut mencatatkan kelajuan angin maksimum berterusan 205 kilometer sejam (km/j) dengan kelajuan kencang sehingga 250 km/j ketika menghampiri kepulauan berkenaan.

Kerajaan Filipina semalam mengumumkan penutupan pejabat kerajaan dan sekolah di Metro Manila serta 29 wilayah lain.

"Kakitangan peringkat tempatan tidak boleh membuang masa dan mesti segera memindahkan keluarga dari kawasan berisiko," kata Setiausaha Dalam Negeri, Jonvic Remulla dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di Taiwan, pihak berkuasa berkata hampir 300 penduduk di daerah Hualien di timur akan dipindahkan dengan angka itu dijangka berubah bergantung kepada pergerakan ribut.

"Kami menjangka amaran taufan darat akan dikeluarkan malam ini dan pada jam 6 pagi esok, taufan akan menghampiri pesisir Taiwan," kata Pentadbiran Cuaca Pusat.

Sementara itu, pakar cuaca Filipina, John Grender Almario, memberi amaran banjir besar dan tanah runtuh dijangka berlaku di kawasan utara pulau utama Luzon.

"Kami menjangkakan amaran taufan darat akan dikeluarkan malam ini… dan menjelang jam 6 pagi esok, taufan ini akan menghampiri pesisir Taiwan," kata Pentadbiran Cuaca Pusat negara itu.

Pakar cuaca Filipina, John Grender Almario, pula memberi amaran berlaku banjir besar dan tanah runtuh di kawasan utara pulau utama Luzon.

"Kami menjangka kesan taufan super ini mula dirasai malam ini dengan kesan paling kuat pada jam 8 pagi esok," katanya.

Beberapa kawasan lain di Luzon turut dijangka dilanda angin kencang serta hujan lebat, namun Manila dijangka terselamat.

Ribuan penduduk di ibu negara itu keluar beramai-ramai semalam untuk membantah projek kawalan banjir yang didakwa penuh penyelewengan.

Skandal rasuah yang semakin memuncak itu membabitkan kerugian berbilion dolar menerusi projek kawalan banjir terbengkalai atau 'projek hantu', sehingga menjerat beberapa ahli parlimen sekali gus mencetuskan kemarahan rakyat.

Filipina adalah daratan utama pertama menghadap laluan siklon Pasifik, dengan purata 20 ribut dan taufan melanda setiap tahun.

Keadaan itu menyebabkan jutaan penduduk di kawasan berisiko bencana terus hidup dalam kemiskinan. Pakar sains memberi amaran ribut semakin kuat akibat pemanasan global yang berpunca daripada perubahan iklim didorong oleh aktiviti manusia.

Semalam, Pusat Pemerhatian Hong Kong berkata, cuaca di pusat kewangan itu dijangka 'beransur-ansur merosot' pada esok dan Rabu dengan angin kencang serta paras laut akibat lonjakan ribut dijangka menyamai keadaan ketika Taufan Mangkhut yang melanda pada 2018.

AWAS

PERUBAHAN CUACA

MONSON

SEDANG BERLAKU

AMIN

SEDIA BERSEDIA

SEBELUM  APA APA

KHALAS

Tiada ulasan: