Rabu, 10 September 2025

PEMIMPIN HAMAS DI DOHA DISERANG


Letupan gegarkan Doha, Israel dakwa sasar pemimpin kanan Hamas

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa melancarkan serangan menyasarkan beberapa pemimpin kanan Hamas semalam selepas berlaku beberapa letupan di ibu negara Qatar yang turut menempatkan biro politik kumpulan itu.

"Tentera Pertahanan Israel (IDF) dan Agensi Keselamatan Israel (ISA) melakukan serangan tepat menyasarkan kepimpinan tertinggi organisasi Hamas," menurut kenyataan tentera Israel, tanpa menyatakan lokasi sebenar serangan itu.

Media Israel, memetik kenyataan seorang pegawai kanannya melaporkan serangan itu menyasarkan pemimpin tertinggi Hamas termasuk Khalil al-Hayya, ketua Hamas di Gaza yang kini berada dalam buangan dan juga perunding utama kumpulan itu.

Wartawan AFP di Doha melaporkan beberapa letupan dilaporkan berlaku di ibu negara Doha, semalam.

Kepulan asap hitam berkepul-kepul dari stesen minyak Legtifya di bandar itu, manakala bersebelahannya ialah sebuah kawasan kediaman kecil yang sejak awal konflik Gaza dijaga rapi oleh pengawal Emir Qatar selama 24 jam sehari.


Serangan semalam berlaku kurang dua minggu selepas Ketua Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir berikrar untuk menyasarkan pemimpin Hamas yang berpangkalan di luar negara.

"Kebanyakan kepimpinan Hamas berada di luar negara dan kami akan jejak mereka juga," katanya pada 31 Ogos lalu.

Hamas dan Israel sudah beberapa kali mengadakan rundingan gencatan senjata secara tidak langsung melalui pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepanjang hampir dua tahun perang di Gaza.

Walaupun dua gencatan senjata sementara pernah dicapai, rundingan itu masih gagal menghasilkan perdamaian yang berkekalan.

Ahad lalu, Hamas menyatakan kesediaan untuk 'segera duduk di meja rundingan' susulan apa yang digambarkan sebagai "beberapa cadangan dari pihak Amerika" yang bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata.

Presiden AS, Donald Trump pada hari sama mengeluarkan amaran terakhir kepada Hamas dan mendesak kumpulan itu menerima perjanjian pembebasan tebusan yang ditahan sejak serangan Oktober 2023. - AFP

HANYA

SATU JAWAPAN

AMIN

LAWAN TERUS

HINGGA ISRAEL

MUSNAH

KHALAS

Tiada ulasan: