Rabu, 10 September 2025

TERJATUH LARI DENGAN BEG BIRKIN

 


Isteri bekas PM Nepal maut selepas rumah dibakar perusuh

KATHMANDU: Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, maut selepas penunjuk perasaan membakar rumah mereka di kawasan Dallu, di sini, semalam, lapor NDTV.

Menurut sumber keluarga mangsa, Rajyalaxmi Chitrakar, dikejarkan ke Hospital Kecederaan Melecur Kirtipur namun meninggal dunia ketika dirawat.

Media tempatan melaporkan penunjuk perasaan yang diketuai 'Generasi Z' mengepung kediaman bekas perdana menteri sebelum membakarnya.

Kejadian ketika demonstrasi besar-besaran menentang larangan media sosial bertukar ganas dan menyasarkan pemimpin politik utama.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, turut mengumumkan peletakan jawatan, semalam selepas rumahnya sendiri dibakar penunjuk perasaan.

Sementara itu, menurut rakaman video yang tular, Menteri Kewangan, Bishnu Prasad Paudel, 65, pula dikejar di jalanan dan dipukul teruk oleh orang ramai.

Sebelum ini, protes bermula selepas kerajaan menyekat Facebook, X dan YouTube dengan alasan media sosial terbabit gagal mematuhi kawal selia kerajaan.

Larangan itu ditarik balik kelmarin, namun bantahan tetap diteruskan sehingga membawa kepada insiden tembakan polis yang mengorbankan 19 nyawa.

Selain membakar rumah pemimpin, penunjuk perasaan turut merosakkan bangunan Parlimen sehingga lapangan terbang Kathmandu terpaksa ditutup.

Beberapa menteri terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan helikopter tentera berikutan keadaan semakin tidak terkawal.

Kempen yang digelar 'protes Gen Z' itu turut disemarakkan dengan kemarahan terhadap dakwaan rasuah dan keistimewaan anak pemimpin politik yang digelar 'Nepo Kids'.

Anak muda mendakwa mereka sukar mencari pekerjaan sedangkan anak pemimpin politik hidup mewah dan mendapat pelbagai peluang istimewa.

Susulan kekacauan itu, India menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Nepal, manakala Air India, IndiGo dan Nepal Airlines membatalkan penerbangan dari Delhi ke Kathmandu.

KAH KAH KAH

TERJATUH KERANA

CUBA LARI

DENGAN

BEG BIRKIN

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: