'Kartel dadah sudah lama digempur, namun tak dihebahkan' - Razarudin
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar operasi menggempur kartel dadah antarabangsa sudah lama dijalankan, namun dibuat secara sulit tanpa pendedahan kepada umum.
Langkah itu bagi mengelakkan sindiket mengubah taktik sehingga melepasi radar risikan dan penguatkuasaan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata operasi sulit, perkongsian risikan masa nyata serta kerjasama secara senyap rentas sempadan atau 'silent operation' sudah lama menjadi tunjang utama dalam usaha Malaysia memerangi penyeludupan dadah meskipun sebahagian kecil daripadanya didedahkan kepada umum.
"Semasa era perkhidmatan saya, kebanyakan operasi membabitkan kartel dadah dilakukan di belakang tabir.
"Kita (polis) tidak menghebahkan sesuatu operasi membabitkan kartel kerana sekiranya didedahkan, sindiket-sindiket berkaitan penyeludupan dan pengedaran dadah akan menambah naik modus operandi dan menyukarkan pengesanan," katanya selepas melawat Pusat Autisme PDRM, di sini, hari ini.
Jalin kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan asing
Razarudin berkata, Malaysia menerusi PDRM sememangnya sudah lama menjalinkan kerjasama operasi dengan pihak berkuasa Australia menerusi Task Force Tiger serta rangkaian agensi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) seperti New Zealand, Korea Selatan dan Indonesia lebih awal daripada pendedahan terbaharu yang dibuat kepada media untuk pendedahan umum.
"Kita sudah ada perjanjian dengan Australia sejak saya menjadi KPN, Task Force Tiger sudah wujud bertahun-tahun dan pasukan polis sentiasa memantau pergerakan pengedar dari negara terbabit," katanya.
Beliau yang pernah menjawat jawatan Pengarah JSJN mendedahkan, banyak rampasan besar termasuk satu kes yang nilai rampasannya hampir mencecah RM1 bilion adalah hasil kerjasama berterusan antara agensi Malaysia dan rakan antarabangsa.
"Ia (kartel) bukan baru bermula, tangkapan dibuat sejak puluhan tahun, ini adalah hakikatnya," katanya.
Tindakan penguatkuasaan sentiasa dilakukan secara senyap
Mengulas dakwaan kegiatan kartel sudah berlarutan sejak 20 tahun lalu, Razarudin menegaskan tindakan penguatkuasaan sebenarnya sentiasa dilakukan cuma tidak diumumkan secara terbuka.
"Bukan tiada apa-apa tindakan selama 20 tahun, tangkapan sudah dibuat sebelum zaman saya lagi, tetapi Pengarah JSJN atau KPN terdahulu memilih untuk tidak bercakap secara terbuka mengenai kartel kerana tidak mahu operasi didedahkan," katanya.
Beliau berkata, banyak tangkapan yang mempunyai kaitan dengan kartel sengaja dirahsiakan bagi menjaga integriti siasatan rentas sempadan.
"Malaysia masih terbabit rapat dalam pasukan petugas serantau dan kerjasama antarabangsa amat penting kerana kartel dadah beroperasi secara fleksibel merentasi negara, menjadikan Malaysia lokasi transit dan destinasi pengedaran.
"Pasukan siasatan dan operasi kita sentiasa menjejak pengedar sama ada dari Malaysia, Australia, Korea, New Zealand atau Indonesia. Kita ada maklumat cuma kita tidak umumkan," katanya.


2 ulasan:
elok sangat puak2 ni dengan pmX sekarang kah kah kah cakap sembang ,…… bila tokan nak di dakwa & dah berapa tokan di gantung? mcm akta hasutan bila nak eleek?,.. polis pencen talking!
Tokan kartel paling besar adalah polis sendiri...kakakaka..nak tunjuk baik kunon..podaah pundek...rampas sana sini kata nak lupus rupa rupa nya jual terus..duit tu.. pas tu tambah bini bagi lengkap 4. Syukurrrrr tuckbeerrrr..
Catat Ulasan