Isnin, 17 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

17 NOVEMBER 2025

JELEBU


BALIK KAMPONG
Kemarin gua balik ke Kampong  dengan kawan – dia memandu – gua membonceng. Kali ini Tak Tak dan Ezi tak ikut balik kampong – Kami ikut  jalan LEKAS   HIGHWAY -  jalan lokeh kato  den cakap.

Di KL cuaca redup – dalam perjalanan matahari muncul -  lebuh ini dah gua lalui berkali-kali – semenjak ada Lokeh den tak ambil laii  PLUS ... tak masuk Soromban  – potong pendek – dalam masa 1 jam 30 minit  boleh sampai – Klumpo dah dokek –

Lalu Bukit Tanggo – lalu depan Jeram Toi - masuk Kuala Klawang gua menuju ke pasar – dah tutup – gua nak cari betik atau apa saja – satu gerai Mak Cik masih buka – ha ha  - gua beli petai – murah – ini petai ori dari Jelebu – 5Rm untuk 5 papan – amin.

Sampai ke Kampung  Chenor – Rumah Pesaka tutup. Tapi ada member datang seminggu sekali  dia bersihkan  kalau tak Tupai Bersarang.

– LAAAAA ... semua RAMBUTAN SEDANG BEPUTIK – lebat amat lebat – ada sebatang  pokok  sekah – gua rasa dalam masa dua bulan RAMBUTAN akan masak – Sekarang  8 ringgit sekilo di Pasar Chow Kit – bila musim sampai harha akan jatuh – pernah 2.50 sen sekilo. 

HAHA – gua ke belakang rumah – PUNGUT MANGGA – wow – berpuluh-puluh mangga gugur – gua dah sedia beg – gua pungut hampir 70 biji – kemudian yang lain gua tinggalkan ... ini rezeki ulat dan semut.

Target kami SERTING rumah Kakak Gua – perjalanan 20 minit ke arah Batu Kikir – ha ha Sampai ke Pekan kecil PERTANG  gua berhenti – NAMPAK PETAI  dalam kedai China – ini petai dari Hutan  GEYLANG – Jelebu pun ada Geylang – bukan hanya Singapura.

Gua beli lagi – Amoi nak jual murah 100 keping 60RM – wow – tapi gua seorang kalau ada kawan berkongsi boleh -  bila gua talipon  DIN PETAI – dia menolak – maka gua hanya beli satu ikat 5 papan n 5 ringgit – sama macam di pasar Kuala Klawang. Gua dah ada 5 ikat.

Sesampai terus ke dapur : MAKAN TENGAH hari ini spesial -  memang spesial dah lama di rancang – ada gulai ikan Baung Lomak Berlado – tapi tarikan ialah RENDANG KANCIL – sebulan dulu ada Orang Asli di Chenah  dapat dua kancil – anak buah gua beli – 100Rm  saekor -  Kakak gua buat rendang – 

Jangan risau Bulan September  ke atas dah boleh masuk hutan  cari pelanduk dan kancil – Ini Aturan PERHILITAN – landak kancil  napuh dan kijang DAH  BERANAK – musim bunting dah berakhir – tapi wajib ada LESEN masuk utan – Nak tembak babi bila bila masa tak perlu lesen – kancil rusa pelanduk  perlu lesen . Babi   musuh Pak Tani.

Dah makan   kami bersembang – kemudian gua ke kebun – KUTIP DAUN KETUM – gua rebus  5 helai untuk  minum fresh. 

Keluarga kami di sini ada DUA EKOR ANJING – masih  muda bukan puppy – asal 3 ekor – saekor mati kena langgar – KAKAK gua menangis bila arwah ini meninggal. Anjing  ini penjaga kebun – musuh Babi dan Berok. 

Anjing  ini satu jantan -satu betina  – Betina nama KOPI  - Jantan nama TRUMP kah kah kah – bijak bubuh  nama Trump. 

RAMBUTAN juga sedang berputik  - ada 8 batang – bila masak nanti gua nak jemput geng KL datang panjat  - gua rasa seluruh Jelebu semua RAMBUTAN sedang berputik 

Pokok  Ketum gua sihat wa afiat.

Pulang singgah di pekan Kuala Klawang –  Kawan yang tolong bersihkan Rumah Pesaka datang sama. Di anak watan Jelebu. Kami minum dan makan kuih petang.

Kuala Klawang  pekan gua di besarkan – dulu gua rasa inilah London – inilah Paris – Tempat gua membesar dan belajar tentang dunia. Sekolah SMUJ – sekolah gua dulu tepi pekan dah jadi Sekolah Rendah.

SMUJ – sekolah ori gua  – Sekolah Menengah Undang Jelebu dah pindah – ke Petaling -  Jelebu pun ada Petaling kah kah kah. Pada 17 Januari tahun depan kami dari SMUJ ada REUNION di Seremban.  Amin.

Gua  sampai kembali ke KL sebelum jam  sembilan – ha ha – Mangga ada gua bawa pulang – belum rasa – Dauh ketum ada 20 helai – dah masuk ke peti sejuk.

Pengalaman balik kampung ini tak pernah gua  rasa selama 20 tahun – Kampung gua di Wavre Belgium tak ada rambutan. Kampung gua di Brixton London tak ada Daun Ketum tapi ada daun ganja  kah kah jah.

 Lu bila nak BALIK KAMPUNG !

PAGI INI
Gua di Hokkien seperti biasa - Jumpa Siti dan keluarga. Harap cuaca akan panas - kalau petang hujan malam sejuk - tidur berslimut tebal Amin

BRO
SENYUM KITA
SAMBUT PAGI SENIN
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: