Selasa, 23 Disember 2025

PEMIMPIN PALESTIN BERJAYA



Israel roboh bangunan di Baitulmaqdis Timur, penduduk Palestin diusir


BAITULMAQDIS: Puluhan penduduk Palestin hilang arah tuju selepas kediaman empat tingkat dirobohkan Israel di Baitulmaqdis Timur, yang dilakukan secara tergesa-gesa pada tengah malam.

Terletak di kejiranan Silwan berhampiran Kota Lama, bangunan berkenaan mengandungi kira-kira 12 unit pangsapuri yang menempatkan sekitar 100 penduduk, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Bangunan itu adalah yang terbaharu dalam siri struktur kediaman dimusnahkan ketika pegawai Israel menyasarkan pembinaan tanpa kebenaran di bahagian timur bandar.

Ia adalah sebahagian kempen regim Yahudi yang disifatkan pegawai tempatan Palestin sebagai dasar sistematik untuk mengusir penduduk.
Tiga jentolak mula merobohkan struktur itu semalam ketika penduduk hanya mampu melihat, dengan pakaian serta barangan peribadi mereka berselerakan di jalan-jalan berhampiran.

Polis Israel menutup jalan-jalan sekitar kawasan itu, dengan pasukan keselamatan dikerahkan berkawal dan ditempatkan di atas bumbung rumah berhampiran.

Menjelang tengah hari, sebahagian besar bangunan itu sudah diratakan.

Aktivis berkata, struktur yang dibina di atas tanah milik persendirian Palestin itu dijadualkan untuk dirobohkan kerana tidak mempunyai permit pembinaan.

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel, Ir Amin dan Bimkon, menyifatkan operasi itu sebagai yang terbesar dilakukan pada 2025, sambil menambah dalam satu kenyataan bahawa sekitar 100 keluarga di Baitulmaqdis Timur kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Gabenor Baitulmaqdis yang bernaung di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA) berpangkalan di Ramallah, berkata pemusnahan bangunan itu adalah sebahagian daripada dasar sistematik yang bertujuan mengusir penduduk Palestin secara paksa dan mengosongkan bandar daripada penduduk asalnya.

"Sebarang operasi merobohkan bangunan dengan menghalau penduduk dari rumah mereka adalah pelan pendudukan yang jelas untuk menggantikan pemilik tanah dengan peneroka haram," katanya.

Majlis Perbandaran Baitulmaqdis, yang mentadbir kedua-dua bahagian barat dan timur bandar itu, sebelum ini berkata operasi dijalankan bagi menangani pembinaan haram serta membolehkan pembangunan infrastruktur atau kawasan hijau.

Majlis itu berkata, bangunan yang dirobohkan di Silwan dibuat berdasarkan perintah mahkamah pada 2014, dan tanah yang menempatkan struktur itu dikhaskan untuk kegunaan rekreasi dan sukan, bukan kediaman.

Namun, aktivis menuduh pihak berkuasa Israel kerap mengklasifikasikan kawasan di Baitulmaqdis Timur sebagai taman negara atau ruang terbuka bagi memajukan kepentingan penempatan Israel.

Israel menganggap Baitulmaqdis Timur sebagai sebahagian yang tidak terpisah daripada ibu negaranya, manakala rakyat Palestin mahu menjadikan bandar itu sebagai ibu negara mereka yang merdeka pada masa depan mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap pendudukan Israel ke atas Baitulmaqdis Timur sebagai tidak sah dan tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - AFP

MAHMOUD ABAS

KLIM PRESIDEN

PALESTIN TAPI

TAK BERANI

LAWAN ISRAEL

AMIN

HANYA BEJAYA

RABA TELO

KHALAS

Tiada ulasan: