Selasa, 23 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 23 DISEMBER 2025

INGAT INGATAN


MINGGU INI DI KOTA LONDON
Gua masih ingat lagi – minggu  ini malah seluruh bulan Disember  restoran Garuda di Soho LONDON  tempat gua cari makan cukup sibuk. 

Masuk bulan NOVEMBER  dah ada  BOOKING – dari pelbagai pejabat untuk  merayakan KRISMAS. Ini booking untuk opis parti. 

Masa gua sekolah hari RABU kampus  tutup  lepas jam 1 – gua terus ke Garuda – lintas  Oxford Street – masuk lorong belakang – masuk Soho – lalu sebelah Berwick Market – masuk lorong kecil Raymond Revue  Bar -  lalu depan Madam Jo Jo terus ke  Jalan Old Compton  menuju 152 Shaftesbury Avenue : Alamat Garuda.
Satu minggu sebelum Krismas sekolah gua cuti tiga minggu – Cuti penggal pertama. Gua kerja Full-Time masa sekolah gua cuti.

Bulan Krismas ini lumayan – amat lumayan- Boleh masuk ke poket  25 pound  sehari duit tip. Cash sentiasa ada dalam saku.

Malam hujung minggu lagi sibuk – kemudian pada 24 malam – semua slow –  London underground tutup awal.

Pada HARI KRISMAS semua tutup – kereta api bawah tanah tutup – bas tak jalan. Semua warga kota London  duduk di rumah hari Krismas ada  Christmas Dinner   kaum keluarga.  Pesta sampai  Boxing Day  - pada  27 Disember  baru semua pulih tapi masih slow.

GARUDA pun di buka kembali  dua hari lepas Krismas – Masih sibuk. Pesta Tahun Baru akan sampai pula.

Gua ingat lagi di tengah – tengah bulan Disember radio dan TV selalu beri INGATAN – jangan duduk sekarang ketika Musim Pesta – musim Krismas dan musim Tahun Baru.

Memang   tak nyaman – cuaca SEJUK – kadangkala ada salju – matahari tak muncul. Maka jangan sambut Krismas seorang diri. 

Satu tahun gua pernah  di jemput ke rumah pasangan dari Malaysia – Berkrismas di rumah mereka. 

Kemudian pada satu Krismas  ada teman dari  Finland bertandang ke rumah – jadi tidak kesunyian. Sebelumnya gua ada Booby kawan serumah   dari Aljeria.

Kami  masak-masak dan makan- makan  tak kemana-mana. Hanya tengok TV. Kota London TUTUP.

TAHUN BARU – lagi berpesta – kali ini LONDON TIADK TUTUP – bas  malam  ada. Tahun  baru di London  wajib ke Trafalgar  Square – 5 minit berjalan dari Garuda -  ha  ha ha

DI Kuala Lumpur gua tak rayakan Krismas -  mungkin  tahun ini gua akan ke Tom Yam di Brickfeilds  -  warung yang gua langgan.

Tahun baru tahun ini gua merancang nak berTuak dan berHarimau. Tapi belum pasti masih di rancang. AMIN

HOKKIEN
Pagi ini cerah  kering. Kemarin tak hujan . Langit biru muda dengan awan putih.  KL & KL sentral berkabus nipis.  Matahari dah keluar – Cahaya lemah.

Ha ha ha – di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. Gua perhatikan di arah Wakaf Pertama – kosong – kemudian gua nampak  ada yang bergerak .

Puci puci puci – gua panggil – ha ha ha – Siti dan Keluarga datang berkejar . Tapi pagi ini tak ramai – yang larian masih bertandang.

Gua berjalan ke arah Wakaf Tiga – di  udara  Gagak mendayu-dayu. Dalam dalam gaung  Tiong  berterbangan. Dalam sawah rumput  Tekukur berlagu. Gua dengar juga suara How Wow tapi amat jauh.

Pagi ada kawan teman kan gua di Hokkien – untuk meredakan kesedihan. 

Ketika gua menulis -  cahaya matahari masih lemah. Gua  harap hari ini akan panas seperti kemarin.  Matahari yang cerah bersinar pasti bawa gumbira. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SELASA SEPERTI BIASA

BRO 
Kalau tuan nak memancing
Jangan lupa membawa umpan
Jika tak hendak kena kucing
Jalan undi Pakatan Harapan
( Pantun dari Mat Maslan)

BRO
Jika hendak pergi memancing
Beli umpan ikan Tambam 
Kita semua kena kencing
Wajib bersatu  Anwar di humban

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: