Selasa, 3 Mac 2026

TANDA BAIK UNTUK KITA SEMUA


PETANDA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

MAKNANYA

ANWAR

BIN IBRAHIM 

TIDAK DAPAT

SOKONGAN DARI

PARTI SENDIRI

KAH KAH KAH

DAH SAMPAI

MASANYA KITA

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS



Anthony Loke kecewa RUU had jawatan PM tak lulus, semua ahli Parlimen DAP sokong



Dewan Rakyat tidak luluskan RUU pindaan Perlembagaan hadkan tempoh jawatan PM


KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, keputusan undi belah bahagian menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.

“Oleh demikian, keputusannya ialah kurang daripada dua pertiga majoriti yang bersetuju,” katanya sebelum menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan bersambung esok.

Pindaan Perlembagaan berkenaan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga, iaitu 148 Ahli Parlimen untuk diluluskan.

Terdahulu, Perdana Menteri  Anwar bin Ibrahim ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua antara lain berkata penetapan had tempoh jawatan boleh dilihat sebagai usaha mencegah kemungkaran dengan mengurangkan risiko penumpuan kuasa terlalu lama serta kemungkinan berlakunya rasuah atau salah guna amanah.

Rang undang-undang itu kemudian dibahas 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata pindaan berkenaan adalah satu pembaharuan institusi bersifat progresif.

“Ini tanpa mengubah struktur asas Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan serta tidak menjejaskan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri berdasarkan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat,” katanya.

Ketika sesi itu, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangkit mencelah berhubung keperluan mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja bagi pindaan berkenaan kerana berpendapat ia menyentuh keistimewaan dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.


Bagaimanapun, Azalina berkata pindaan terhadap Perkara 43 itu tidak termasuk dalam kategori yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja kerana ia tidak menyentuh kedaulatan, prerogatif atau kedudukan peribadi Raja-Raja Melayu. – BERNAMA


Tiada ulasan: