SEMUA
KENA TANGKAP
BANGLA
CICAK KUBIN
AMIN
DATUK SRI BIAWAK
BESAR YANG
DILAPOR OLEH
BLOOMBERG
TAK BERANI USIK
KAH KAH KAH
KHALAS
Polis gempur 'safehouse' sindiket seludup migran, 4 warga Bangladesh ditahan termasuk dalang
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga Bangladesh termasuk dalang utama sindiket menyeludup migran secara haram menerusi sempadan di Pantai Timur.
Semua suspek berusia 34 hingga 40 tahun itu ditahan susulan serbuan dijalankan di sebuah bengkel cat kenderaan yang dijadikan sebagai 'safehouse' kegiatan itu di Klang semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengesahkan penahanan itu dengan dalang berusia 40 tahun itu berperanan mengatur pergerakan migran secara haram menerusi sempadan.
Tiga lagi yang ditahan berperanan sebagai ejen pengatur, penghantar (transporter) dan penjaga rumah selamat.
"Sindiket disyaki mengeksploitasi dan menyeludup migran Bangladesh yang dibawa masuk secara tidak sah sebelum ditawarkan pekerjaan di negara ini," katanya.
Zakaria berkata, suspek akan mengatur lokasi penempatan migran sebelum diserahkan kepada majikan tertentu untuk dieksploitasi sebagai pekerja.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui tiga migran warga Bangladesh berusia 21 hingga 45 tahun dipercayai dieksploitasi sindiket, malah semakan mendapati mereka tiada rekod kemasukan ke Malaysia.
"Semua tujuh individu ditahan dalam operasi ini dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan