Selasa, 3 Mac 2026

JANGAN TUNGGANG PELAJAR INI


JANGAN KITA

TUNGGANG 

PELAJAR INI

AMIN

DIA NAK MASUK

AGAMA APA

DIA PUNYA SUKA

AMIN

DIA TAK MINAT

BIDADARI ITU

HAK DIA

AMIN

DIA PIJAK QURAN

SATU KESALAHAN

KHALAS

Belum ada bukti pelajar UMPSA sudah peluk Islam

Bapa kepada seorang pelajar yang didakwa mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial tidak dapat mengesahkan anak mereka itu sudah memeluk Islam.

Peguam tertuduh, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman, mendakwa perkara itu dinyatakan kepadanya oleh K Selvanathan semasa mereka bertemu di Mahkamah Sesyen Kuantan pagi tadi.

Kata Amirull Afiqq, kalau ditanyakan sama ada S Vikneswaran pernah mengucap dua kalimah syahadah atau tidak, Selvanathan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.

“Dia betul-betul tak tahu, tak pasti mengenai dakwaan itu.

“Dia hanya mengetahui perkara berkenaan (Vikneswaran memeluk Islam) semalam, selepas dakwaan mengenainya tersebar di media sosial," kata kepada media.

ADS

Sebelum itu Amirull Afiqq ditanya mengenai dakwaan dibuat seorang personaliti dikenali ramai, Firdaus Wong Wai Hung, yang mendakwa pelajar terbabit seorang mualaf.

Semalam, Firdaus Wong menyebit pelajar berusia 21 tahun itu memeluk Islam pada 20 April tahun lalu.

Sementara itu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memaklumkan nama pelajar terbabit tidak ada dalam rekod pendaftaran pengislaman di negeri berkenaan.

ADS

Rujuk jabatan agama negeri

Ketua Pendaftar Mualaf Pahang, Asmadi Abdul Rahman, berkata semakan dalam pangkalan data mendapati nama Vikneswaran tidak tersenarai sebagai mualaf yang berdaftar di bawah seliaan MUIP.

Menurutnya, pemeriksaan silang turut dibuat dengan pihak berkuasa agama di beberapa negeri bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

“Setakat ini Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur turut mengesahkan tiada rekod pengislaman bagi penuntut berkenaan.

“Bagi negeri-negeri lain, kami masih belum menerima maklum balas rasmi berhubung status pendaftarannya,” katanya.

Asmadi berkata, pihaknya juga telah cuba menghubungi Firdaus Wong bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan yang dibuatnya sebelum ini, namun masih belum mendapat reaksi balas.

Vikneswaran pagi tadi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencemar al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau selepas didakwa di hadapan hakim Harmi Thamri Mohamad.

Pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan kira-kira jam 1.30 petang pada 22 Feb lalu di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan, Pahang.

ADS

Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Selain itu, dia juga didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Pahang, Shahrizal Ismail, yang dibantu Aisyah Wahab.

Selain Amirull Afiqq, Vikneswaran turut diwakili Mohd Rusnizam Abdullah.

Tiada ulasan: