Selasa, 17 November 2026

MENANG DULU - BARU LANTIK PM


HAL SAPA NAK

JADI PM AKAN 

BAWA 

PECAH BELAH

AMIN

YANG PENTING

MENANG DULU

KHALAS


Unknown commented on
 "PROJEK SALAH BENDERA ISREAL"

Israel bukan Isreal


Unknown commented on 
"JANGAN FIKIR SAPA NAK JADI PM"

Fikir pun takpa Isham Rais sapa nak halang kami fikir!


Unknown commented on 
"PARTI BERSATU DAPAT PHD"

Basin Bersama kau tak nak tulis. Bersama pun PHD. Padan muka kawan kau Rapiji!

Unknown commented on
 "BOLEH DI MAAF"

Boleh dimaaf, no problem.

Hantar cewek2 manis, semua bisa diatur pak



Unknown commented on
 "INGGERIS TUBUHKAN UMNO"

Inggeris?

Bukan org Wales kah?

LOL.


Unknown commented on
 "AWAS !!! PROJEK KOBID
 DISAMBUNG KEBALI"

Bagus.

Kali ni Isham skip vaccine ya?



SELAMAT DATANG PRESIDEN MACRON


SELAMAT 

DATANG PRESIDEN

MACRON & ISTERI

AMIN


Unknown commented on
 "PAGI INI"

Ok je kawen dengan wanita lebih berusia,
kalau sudah suka sama suka,
boleh juga kurangkan nisbah wanita berusia%ibu tunggal,

kesian takda tempat bergantung.
TT umur 75 boleh ja kawen dengan ibu tunggal umur 85.

Selera masing2 tak sama.
Amen

PAGI INI



PAGI INI






HARI INI

SELASA 17 NOVEMBER 2026

IRAN NAFI 


MAT TERAM KLIM Iran minta gencatan senjata selama 5 hari. 

Iran nafi – Iran tak akan berunding – Mat Teram buat kenyataan ini untuk manipulasi pasaran minyak.

KONFEREN dan MEETING
Di Manila PERJUMPAAN ASEAN
Di Istambul PERJUMPAAN  COP31
Di Shenzhen China PERJUAMPAAN APEC

Di MANILA ada demo TIBAI TRUMP.

TEATER TONI LOKE
Menteri ini  dah berhenti kerja atau belum. Apa cerita ? Skrip teater sambung lagi ke? Kah kah kah

ROSMAH NAK  PULANG KE RUMAH LAMA
Kah kah kah
Kah kah kah
Kah kah kah

Berita kata Bik Mama duduk di Pavilion – jeng jeng jeng -Jadi Najib dengan Bini Ke Dua – kah kah kah.

PRU!6
BN/PN nak di adakan sekarang – Zahid dah berkata beberapa kali – Tapi MADAFAKA tolak – kalau sekarang PRU16 di adakan PASTI  Anwar bin Ibrahim BUNGKUS ! 

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar – matahari dah muncul tapi cahaya masih lemah – KL & KL Sentral  berkabus nipis – hujan petang kemarin.

Tapi arah Shah Alam langit biru – panas yang menjanjikan –  Awan Putih langit biru di atas Le Chateau.

Pagi ini ramai makan – gua gumbira. 

Berjalan ke Wakaf Tiga gua dengar suara Gagak – juga Abang Potong rumput  sedang bekerja – ramai Tiong cari rezeki.

Pulang ke Wakaf Satu ramai menunggu – Puppy Itam Kurus pun ada sama – dia dah berani masuk makan – Ha ha -Gagak yang bersuara datang berlabuh bila gua mula tabur friskies – Tiong tak kelihatan.

Minah keluar awal – berjalan – satu keliling Padang  Tenis .

Hari ini akan panas – cahaya matahari dah melimpah di balkoni gua.

BRO
SENYUM
SENYUM  SAMBUT
PAGI SELASA SEPERTI BIASA

BRO
Jika  lu buat baik – orang  tak balas baik – jangan marah – dalam dunia ada pelbagai macam jenis manusia.

BRO
Bila lu bantu orang jangan simpan apa apa harapan – lu bantu kerana lu nak bantu.

BRO
Bila orang buat salah dengan lu – jangan terus diingati – hidup lu nanti akan jadi berat. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Isnin, 16 November 2026

IRAN MENCARI PEMBUNUH BUDAK SEKOLAH


IRAN MENCARI

PEMBUNUH

BUDAK SEKOLAH

AMIN

PARTI BERSATU DAPAT PHD


PARTI BERSATU

DIANUGERAH PHD

AMIN

JANGAN FIKIR SAPA NAK JADI PM


ISU UTAMA

BUKAN SAPA

NAK JADI PM

AMIN

YG UTAMA IALAH

HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

TERLEBIH

DAHULU

KHALAS


ULASAN  KADIR JASIN - 


PH rebah di Melaka, 


kepimpinan Anwar gagal


Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Melaka, pada 14 November, dan kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Umno, parti tunjang BN, kuat di selatan Semenanjung dan PH menang majoriti hanya sekali, ketika Pilihan Raya Umum 2018, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad. Dalam PRU 2022, di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, PH menang 82 sahaja daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Anwar hanya berjaya tubuh kerajaan dan jadi perdana menteri dengan penyertaan BN. Anwar hendak jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sedar tanpa kuasa bala besar akan menimpa.

Bermula PRU 2022 dan diikuti oleh Pilihan Raya Dewan Undangan di enam buah negeri pada 2023, PAS mencipta gelombang hijau. PH-BN kalah teruk. Umno mulai berasa yang persekongkolan dengan musuh ketatnya, DAP, tidak disenangi oleh orang Melayu.

Bila Umno mula mengkritik DAP dan merenggangkan perhubungan dengan PH, sokongan orang Melayu kepadanya mulai pulih, bermula dengan di kubu kuatnya, Johor, dan diikuti oleh Negeri Sembilan serta Melaka.

Namun kemenangan besar di tiga buah negeri ini bukan jaminan Umno berkeupayaan mendapat balik negeri-negeri utara dan pantai timur. PAS dan rakan-rakannya mustahil menyerahkan kerusi-kerusi yang mereka menangi di negeri-negeri itu untuk ditandingi oleh Umno. Umno hampir pupus di negeri-negeri berkenaan.

Yang jelas daripada keputusan PRN Melaka adalah kemerosotan berterusan PH, khususnya PKR dan Amanah. Anwar gagal memperkukuhkan PKR dari segi kepemimpinan dan sokongan pengundi.

Dalam PRN Melaka, daripada 28 kerusi yang ditandingi, PH menang empat saja dan semuanya oleh DAP. BN menang 21 dan Perikatan Nasional, tiga.

Kemerosotan populariti Anwar adalah luar biasa bagi seorang yang menanti begitu lama dan berusaha begitu keras untuk menjadi perdana menteri. Tapi disebabkan nepotisme dan tidak menghargai jasa pejuang asal reformasi, PKR berpecah-belah. Beliau dilihat lebih mengutamakan anak sendiri (Nurul Izzah) dan kawan baru (Ramanan Ramakrishnan).

BN dan PN pula menunjukkan gambaran bahawa wujud kerjasama antara mereka. Ini menyebabkan sesetengah pengundi Melayu tertarik dengan gabungan longgar itu.

Di permukaan, kerjasama itu nampak baik bagi orang Melayu yang anti-PH. Mereka melihatnya sebagai kesepakatan Umno dan PAS bagi menamatkan riwayat PH.

PAS, parti terbesar di Parlimen buat masa ini, sangat benci dengan PH kerana dalam PH ada Amanah. Amanah adalah parti serpihan PAS. PAS juga benci kepada PH, yang pernah dianggotainya dulu, kerana teruja dengan Anwar dan benci kepada Dr Mahathir.

Penyertaan dalam PH, dan sebelum itu Pakatan Rakyat (PR), bagaimanapun, didapati merugikan PAS. Akibat berbaik-baik dengan DAP, PAS ditolak oleh orang Melayu. Umno cepat sedar yang persekongkolannya dengan DAP, melalui PH dalam Kerajaan Madani, tidak disukai oleh penyokong.

Sekarang PAS dan Umno bekerjasama untuk hapuskan PH. Apa yang akan berlaku setelah matlamat itu tercapai, cerita lain. Tidak mustahil PAS dan Umno kembali bercakaran.

PAS tahu Umno tidak lagi sekuat dulu dan kepemimpinannya bukanlah yang terbaik. Malah PAS berkemungkinan dituduh bersekongkol dengan parti yang melakukan banyak kerosakan jika terus berpakat dengan Umno.

Dari sudut lain pula, adalah tidak masuk akal bagi PAS menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Umno sedang ia lebih besar dalam Parlimen. PAS tidak maksum, tetapi kepemimpinannya dilihat lebih berintegriti berbanding Umno.