Jumaat, 10 April 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

JUMAAT 10 APRIL   2026

RAYA HARI KE 21

PERANG HARI KE 42

GENCATAN SENJATA HARI 2


IRAN TEGAK BERDIRI
Untuk Iran tak perlu MENANG – Iran hanya perlu terus WUJUD. Bila ini berlaku maka dibuktikan Iran berjaya mengalahkan Amerika dan Israel.

Kini  BIJAK PANDAI DI AMERIKA  sependapat mengatakan bahawa AMERIKA KALI INI  KALAH LEBIH  TERUK DARI KALAH DALAM PERANG VIETNAM 1975. Amin

SALUT  IRAN !!! – SATU NEGARA ISLAM YANG MENUNJUKKAN PADA DUNIA JIKA BANGUN MELAWAN PASTI TIDAK DAPAT DIKALAHKAN.

Gumbira ialah melihat negara-negara Arab yang jadi BARUA AMERIKA kini  wajib menerima hakikat bahawa KUASA AMERIKA DI  TIMUR TENGAH MAKIN LUNTUR.

Gumbira ialah melihat  ZIONIS AMERIKA hilang taring.

GUMBIRA IALAH MELIHAT KERAJAAN  YANG DIBANTU DAN DISOKONG OLEH AMERIKA KINI DALAM KETAKUTAN.

Siam ? Filipina ? Indonesia?  Yang PRO AMERIKA apa akan terjadi ? Jeng jeng jeng.

Kita di Malaysia bergembira kerana kita AKAN TURUN TURUN TURUN berdemo melawan KERAJAAN ZIONIS TEMPATAN yang tidak mungkin akan dibantu oleh Amerika.

BERSEDIA UNTUK TURUN TURUN TURUN !!!

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Matahari belum muncul. Langit agak kelam. KL & KL Sentral berkabus kerana petang kemarin hujan.

Kereta dah makin kurang, tapi masih ada keluarga bersembahyang. Tapi mercun tidak lagi meledak.

Pagi ini Jantan Baik menjadi pemimpin dan membawa semua keluarga datang makan. EMAK tidak kelihatan. Siti dan Itam turun makan – nasi – rangka ayam dan debu tulang – Makan Besar lepas RAYA.

Bila gua tabur Friskies di Wakaf Pertama, se ekor Tiong berlabuh sekejap – belum sempat gua beri makan, Tiong dah terbang hilang.

Hari ini akan panas walau pun ketika gua mengetik ini matahari masih disorok awan.  Udara sejuk. Gua menulis  tanpa pakaian – untuk menikmati sejuk pagi.

Ketika gua menulis ini suara How Wow gua dengar kuat dari belakang dapur. How Wow baru singgah ke Hokkien. 

Jika redup berterusan, maka malam sejuk santai . Amin

BRO
SENYUM
SENYUMSAMBUT
PAGI JUMAAT 

BRO
Hidup lu hasil pikirkan lu. Apa lu pikir tentang diri lu itulah diri lu.

BRO
Jadilah cahaya untuk jalan diri lu sendiri. Lu temui jalan lu sendiri.

BRO
Tidak berilmu pengetahuan adalah musuh besar. Pendidikan  dan belajar adalah senjata diri lu. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAY BERJUMAAT



Tiada ulasan: