Jumaat, 10 April 2026

PANDANGAN PEGUAM MUDA TERHADAP MAJLIS PEGUAM


KES INI AMAT

MUDAH SELESAI

AMIN

ORANG RAMAI

 PERCAYA KEPADA

 AMBIGA ATAU

PADA NURUL

AMIN

AMBIGA PEGUAM

SENIOR BEKAS

PRESIDEN MAJLIS

PEGUAM

AMIN

NURUL BARU NAK

MELAMAR MASUK

KOLEJ KEMAHIRAN

KALAU DAPAT

NAK BELAJAR

ILMU HUKUM

KHALAS



Anak Zahid Hamidi persoal konsistensi Badan Peguam

Anak kepada Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah hari ini tampil mempersoalkan sikap Badan Peguam yang didakwanya berat sebelah dalam memberikan reaksi terhadap kes-kes mahkamah tertentu.

Nurulhidayah yang juga adalah exco Wanita Umno berkata, suara badan itu seolah-olah menjadi sangat lantang apabila melibatkan kes timbalan perdana menteri itu, namun didakwa membisu dalam beberapa kes lain yang mempunyai situasi hampir serupa.

"Kenyataan keluar, tekanan dibuat, seolah-olah sistem keadilan negara ini sedang runtuh hanya kerana satu keputusan mahkamah.

"Kenapa bila perkara yang sama berlaku dalam kes lain, tidak pula kita dengar suara yang begitu keras?

“Kenapa tiada tekanan yang sama? Kenapa tidak timbul kegusaran tentang 'rule of law' ketika itu?" katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Badan Peguam Malaysia semasa menghujahkan di Mahkamah Rayuan semalam memaklumkan permohonan Peguam Negara agar presiden Umno itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan dikhuatiri menghakis kepercayaan awam terhadap integriti dan sistem keadilan.

Peguam, S Ambiga yang mewakili badan itu berhujah, keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid diambil walhal kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadapnya.

Hujahnya, keputusan untuk menghentikan pendakwaan juga dicapai selepas Ahmad Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ambiga berkata, Ahmad Zahid yang didakwa terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi ketika itu telah membela diri dengan mengemukakan 15 saksi termasuk beliau.

DS

Katanya, Ahmad Zahid telah dibicarakan selama 77 hari dan Mahkamah Tinggi telah mendengar keterangan 99 saksi pendakwaan sebelum mendapati kes prima facie berjaya dibuktikan.

Mengulas lanjut, Nurulhidayah memetik tiga contoh kes lain yang menurutnya Badan Peguam tidak membantah sekeras kes bapanya:

  • Kes Rafizi Ramli: Pertuduhan ditarik balik dan dilepas bebas walaupun sudah dipanggil membela diri.

  • Kes Tamrin Ghafar: Pendakwa menarik balik pertuduhan selepas melalui proses mahkamah.

  • Kes Haris Ibrahim: Sabitan dibuang di peringkat rayuan selepas pihak pendakwa tidak membantah hujahan peguam.

Menurut Nurulhidayah, dia membangkitkan perkara itu bukan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan, tetapi atas kapasitinya sebagai ahli Umno yang mahu melihat konsistensi dalam kedaulatan undang-undang.

"Saya bukan mempertahankan Ahmad Zahid kerana dia bapa biologi saya, tetapi dia adalah presiden Umno yang wajib dipertahankan sama seperti presiden Umno sebelumnya yang kita yakin dianiaya.  

"Undang-undang mesti dilihat adil bukan sahaja adil, tetapi wajib nampak adil," katanya lagi.

Dia menegaskan bahawa jika benar-benar ikhlas memperjuangkan keadilan, suara yang dilontarkan haruslah konsisten dan tidak bersandar kepada sentimen politik atau individu tertentu.

Badan Peguam merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Jun 2024 yang tidak membenarkannya memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara yang juga pendakwa raya.

Melalui permohonan pada 2 Disember 2023, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan Ahmad Zahid selaku responden, memohon perintah supaya keputusan presiden Umno itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) pada 4 September 2023 dibatalkan.

Hakim Amarjeet Singh membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang boleh diputuskan oleh mahkamah dan badan terbabit tidak memenuhi peruntukan bagi dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman.

Amarjeet turut menolak permohonan Badan Peguam untuk merujuk tiga soalan Perlembagaan berhubung perkara berkaitan kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan mahkamah tertinggi itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Faizah Jamaludin yang bersidang bersama-sama Lim Hock Leng dan Nadzarin Wok Nordin menetapkan 15 April bagi hujahan lanjut.



Tiada ulasan: