BILA ZAHID
DIDAKWA KEMBALI
KERAJAAN MADANI
AKAN RUNTUH
AMIN
AZAM BIN BAKI
BOLEH DI DAKWA
BIK MAMA
KE PENJARA
AMIN
INI RAKYAT
NAK TENGOK
KHALAS
Badan Peguam mohon mahkamah arah AGC dakwa semula Zahid
Badan Peguam Malaysia memohon perintah mahkamah bagi memaksa Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi atas kesemua 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Menurut laporan media, Badan Peguam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara pada 8 Jan lalu untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) dalam semua kes jenayah terhadap timbalan perdana menteri itu.
Memetik dokumen mahkamah, New Strait Time melaporkan Badan Peguam mendakwa keputusan Peguam Negara memberikan NFA kepada presiden Umno itu tercemar kerana "tidak rasional, tidak munasabah dan bertentangan dengan kepentingan awam.”
Badan Peguam juga berhujah keputusan tersebut dibuat tanpa alasan mencukupi atau bahan sokongan yang memadai serta bercanggah dengan garis panduan pendakwaan yang ditetapkan.
“Keputusan itu tidak selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini pada 24 Jan 2022, yang mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Zahid dan mengarahkannya membela diri atas semua pertuduhan.
“Keputusan tersebut bertentangan dengan kepentingan awam, memandangkan pembaziran masa dan sumber kehakiman yang besar, serta dana awam.
“Keputusan memberikan NFA dibuat tanpa disokong fakta dan bukti,” menurut badan berkanun yang mewakili lebih 25,000 peguam di Semenanjung Malaysia itu.
Permohonan Badan Peguam, yang difailkan oleh firma guaman Abhilaash Subramaniam & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menamakan Peguam Negara dan Zahid sebagai responden pertama dan kedua.
Pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.
DNAA itu diberikan sementara menunggu siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
FMT melaporkan Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang mengendalikan perbicaraan membenarkan permohonan tersebut walaupun sebelum itu memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.
Kes itu berada pada peringkat pembelaan ketika DNAA diberikan, dengan Zahid dan 14 saksi pembelaan lain telah pun memberi keterangan.
Susulan itu, SPRM berkata selepas meneliti semua bahan, bukti baru dan hasil siasatan lanjut, termasuk penilaian pendakwaan, pihaknya mendapati bukti yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi semua pertuduhan.
Pada 12 Jan, Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar berkata keputusan mengklasifikasikan kes rasuah Zahid sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dibuat selepas meneliti enam representasi yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Pada 3 Feb, Zahid memohon pembebasan penuh selepas AGC mengisytiharkan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap pertuduhan tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan