Isnin, 25 Ogos 2008

MAKAN MALAM BERSAMA MONSTERBALL

Daripada kawan ke atas kawan saya pun 'bernasib baik' untuk dijemput menjadi tamu makan malam Monsterball.

Monsterball bukan Dansa Ganas tetapi salah seorang daripada ribuan pelancong politik yang datang berpusu-pusu ke Permatang Pauh. Cukup senang untuk mengenali mereka ini. Kereta mereka besar. Tidak memakai number plat P. Malah banyak yang memakai plat dua angka sahaja. Tingkap kereta mereka hitam mungkin untuk menyorokkan muka mereka.

Mereka tinggal di hotel-hotel di Pulau Pinang, Juru, Butterwoth, Bukit Mertajam atau Sungai Petani. Ada yang datang untuk Pakatan. Ada yang datang untuk Barisan. Ada yang datang untuk membeli saham menunjukkan muka.

Ada nak tunjuk muka pada Najib atau Khairy Jamaluddin – KJ nama manjanya. Ini saham masa depan untuk dapat kontrak.

Ada yang nak tunjuk muka kepada Anwar. Ini ' future trading' , mana tahu kalau-kalau Anwar akan jadi PM.

Tetapi Monsterball bukan daripada kitab ini. Dia seorang lelaki Tionghua pencen. Dia orang berada. Telah melintasi 70 tahun. Dia datang dari Kuala Lumpur dengan pemandunya seorang anak muda India.

Ini kali kedua saya bertemu Monsterball. Kali pertama dia datang ke Bau Bau Cafe berbulan dahulu. Tetapi saya begitu sibuk dengan ini dan itu. Tidak dapat mesra.

Pelancong politik Mosterball datang mencari ' ambience / suasana' pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Dia menginap di hotel terbaik di Bukit Mertajam. Dia ada kelas tidak tidur dilantai Tok Pekong atau tumpang rumah kawan.

Bila saya sampai ke restoran kelihatan beberapa 'ekor' Harimau telah terhidang. Saya memesan nasi keladi yang belum pernah saya rasa. Tamu yang lain memesan apa sahaja yang diidami. Monsterball cukup gembira dikelilingi oleh anak-anak muda kenalan barunya. Yang 'oldtai' hanya kami berdua – Monsterball dan saya.

Di kaca TV tersiar acara penutup sukan Olimpik di Beijing. Kami tidak ambil indah. Sambil makan sambil bercerita tentang itu dan ini. Tidak ada politik tegar dalam sembang kami. Semuanya ringan dan santai. Seolah-olah kami di Bau Bau Cafe, Pasar Seni.

Saya bertanya kenapa datang ke Permatang Pauh. Sambil ketawa dia berkata ' I want to see change...'

Monsterball ini tidak ada blog tetapi dia penulis tegar. Dia akan memberi komentarnya kepada blog-blog yang dilayarinya. Dan dia akan meninggalkan tanda siber – Monsterball. Inilah satu lagi hobi baru yang muncul dalam budaya alam siber. Kita berkenalan dalam alam siber dan akhirnya berjumpa di meja makan.

Monsterball si Tukang Komen blog ini memiliki hampir 15 ekor anjing – termasuk seekor Chihuahua. Mungkin apabila bosan bermain dengan si Kurus Kering ini si Monsterball akan berlayar ke alam siber. Ini juga hobi orang berada memelihara anjing import.

Selesai makan Monsterball membalingkan sebatang ’cigar’ kepada saya.. Hah! Terperanjat besar paru-paru saya kerana menerima kepulan asap yang baru. Bukan kepulan asap keretek seludup dari Indonesia.

Waktu berjalan dan sampai masanya Monsterball meminta diri. Dia ingin pulang awal. Umur telah melintasi 70 tahun pasti dia perlu tidur dan berehat. Bukan seperti anak-anak muda yang menjadi tamunya yang ingin meneruskan dengan botol-botol Harimau.

Saya dan kawan-kawan semuanya bangun berterima kasih kerana bil makan dipungut oleh Monsterball. Pemandunya bangun awal. Monsterball mengikut dari belakang. Tidak saya tahu kereta apa yang dipakainya dan apakah cermin tingkapnya hitam.

Sampai sekarang saya pun tidak tahu nama lelaki Tionghua yang baik hati ini. Saya hanya mengenalinya dengan nama Monsterball.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harimau tu merujuk kepada apa..Tiger beer ke..huhu.

Hishamuddin Rais minum tiger beer ke..
atau hanya menjamah nasi keladi saja?
ha ha ha ha ha..

Tanpa Nama berkata...

http://simonscwee.blogspot.com/search/label/Mosterball

Unknown berkata...

To All the Pakatan Rakyat supporters & volunteers,

Pls be 100% alert on tomorrow whole day long voting process and especially the transfer of votes from polling center to the Dewan for counting. We should consider the possibility of someone who may swap the ballot boxes.
Therefore all kind of preventive action need to be carry out in all polling station.
Besides, pls come out with the counter measure for ensuring there is a smooth of electricity supply and communication system.
There are more dirty tricks which might happen anytime.

PeoplePower