Khamis, 27 November 2008

BERANI MADEY SAHKAN MUKHRIZ TIDAK RASUAH? - harakah


Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya tak pasti, antara Mukhriz dan Khairy, siapa yang kurang membelanjakan wang dalam kempen nanti," kata seorang aktivis Pemuda Umno, yang mendakwa ketiga-tiga calon ketua pemuda itu sudah terjerumus dalam gaung rasuah. "Masakan Mukhriz mampu mendapat pencalonan paling tinggi ketika Khir Toyo dan Khairy dikatakan mengumpan perwakilan bahagian-bahagian dengan rasuah?" tambahnya.


kah kah kah…. MAHAFIRAUN LAWAN RASUAH ??..... kah kah kah…biar betul…. kah kah kah

… semenjak bila mahafiraun lawan rasuah ?… kah kah kah…. ini nak kempen untuk firauan kecik…. kah kah kah… nanti yang kecik ni jadi mahafirauan lagi… kah kah kah…nak naik tahtha…. nak jadi antu raya… kah kah kah

kah kah kah… ini nak bantu munkee sembab… kah kah kah… mahafiraun kata yang lain ‘jokers’…. kah kah kah… mere nam joker ni pun dulu dlaam kabinet half past six mahafiraun…. kah kah kah…

kah kah kah…. kalau mahafirauan melawan rasuah… samalah macam umi ufilda masih dara sunti… kah kah kah….





9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tahu betapa bobroknya pemimpin UMNO bergelumang atau telah terbatin dengan amalan jijik rasuah alias politik wang( agamawan yang makan gaji tak keluar fatwa ke mengenai rasuah?)kenapa adalagi sebilangan orang Melayu masih pekak dan tak mahu humbankan parti UMNO? Hairan ya, pemimpin UMNO orang ISLAM tapi terpalit sungguh dengan rasuah kelas tinggi, para penyokongnya juga orang ISLAM, masing-masing tak ambil pusing hal rasuah, mungkin tidak berkuasa untuk menghapuskannya. Mereka pun tak miss solat, tak miss mendegar panggilan azan melaung 'marilah solat alias ke jalan yang lurus dan benar, mengucap shahadah tapi masih mengamalkan rasuah bagaikan direstui oleh ISLAM. Orang tak percaya Tuhan gelak habis melihat telatah orang Islam UMNO ini. Apa kata Mufti Perlis, Mufti-mufti lain(yang semunya amakan gaji) MAT EDZAM, Sdr Kassim Ahmad, Chandra MUZAFFAR, BPR( Pak LAH tak payah tanyale)?
Yang hairan lagi MADEY duk sibuk dalam hal rasuah.Semua syok bongkar pasal rasuah, tapi yang leluconnya kita tidak nampak isu ini boleh diatasi, itu sebabnya ada harapan sikit. BILA PKR boleh ambil alih pentadbiran negara?

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir Mahu Mencatur UMNO Lagi?

Tanpa Nama berkata...

Bapa Mirzan cakap kalu babi disembelih ia adalah halal.

Tanpa Nama berkata...

meow~~

haahaha, paradoks madey ... lantang bercakap soal moral, bila terkena benih sendiri oooppps, sori peraturan cuma terpakai kepada bukan benihnya.

kucingsiam dah perhatikan lama macam mana litar dalam otak manusia madey ni berjalan - sarat dengan kontradiksi. Bagi madey, moral hanya sesuatu yang dipakai ke atas lawan bukan diri.

dah lah madey .... kalau benihmu rasuah apakah kau rela mengajar dengan secukupnya? ataupun, cerita lama : "saya dengar rasuah tapi bukti tadak, jadi benihku tak rasuah". orang lain terang-terang rasuah tangkaplah mereka!"

ish ish ish ... satu dunia tahu kalau nak jadi ketua pemuda sudah tentu satu perlumbaan melihat betapa dalamnya kocek wang calon itu. Jadi, please madey ... please .... sarananmu terlalu hipokrit.

Tanpa Nama berkata...

"Siasatan terhadap dakwaan RASUAH di kalangan AHLI POLITIK mungkin akan mengambil masa yang LAMA kerana BANYAK PROSEDUR yang perlu diambil" - Sumber BPR..

SOALAN KUIZ :

Manakah di antara pernyataan berikut yang mempunyai MAKSUD YANG SAMA seperti pernyataan di atas?

A) "Siasatan terhadap dakwaan RASUAH di kalangan AHLI POLITIK mungkin akan mengambil masa yang LAMA kerana TERLALU RAMAI AHLI POLITIK YANG MENGAMALKANNYA" - Sumber BPR..

B) "Siasatan terhadap dakwaan RASUAH di kalangan AHLI POLITIK mungkin akan mengambil masa yang LAMA kerana PERLU MENUNGGU 'LAMPU HIJAU' DARI PUCUK PIMPINAN NEGARA SEBELUM SIASATAN DIMULAKAN" - Sumber BPR..

C) "Siasatan terhadap dakwaan RASUAH di kalangan AHLI POLITIK mungkin akan mengambil masa yang LAMA kerana KAMI SENGAJA MELENGAH-LENGAHKANNYA AGAR RAKYAT DENGAN SENDIRINYA AKAN TERLUPA DENGAN ISU INI" - Sumber BPR..

D) "Siasatan terhadap dakwaan RASUAH di kalangan AHLI POLITIK mungkin akan mengambil masa yang LAMA kerana KAMI SENDIRI PUN RAMAI YANG RASUAH...HA!!! HA!!! HA!!!" - Sumber BPR..

E) Semua yang di atas..

Tanpa Nama berkata...

Pulihkan kekebalan Raja Melayu, titah Tunku Naquiyuddin
Nov 26, 08 11:09pm
Kekebalan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan kepada baginda jika negara ini ingin melihat Raja-raja memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan pada Abad ke-21 ini.

Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar bertitah, jika Raja-raja hendak menjalankan tugas secara adil, saksama dan tidak memihak dalam melindungi perlembagaan, kedaulatan mereka juga perlu dilindungi.

"Yang demikian kekebalan penuh daripada dikenakan prosiding sivil dan jenayah perlu dipertimbangkan semula agar monarki di Malaysia setara dengan raja-raja berperlembagaan lain di seluruh dunia," titah baginda dalam Ceramah Jamuan Tengah Hari Diraja berjudul "Peranan Raja Berperlembagaan pada Abad ke-21" di ibunegara hari ini.

Baginda bertitah, kekebalan Raja-raja telah hilang selama 15 tahun dan ia perlu dituntut dan dipulihkan kembali agar Raja berperlembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya baginda dapat memainkan peranan lebih tepat dan berkesan selaku pelindung Perlembagaan Persekutuan.

"Jika parti-parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja-raja melihat diri mereka sebagai pelindung perlembagaan," tegas baginda.

Menurut laporan Bernama, dengan kekebalan itu, usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, kemakmuran, keselamatan ekonomi dan tadbir urus yang baik dapat dipenuhi, tegas Tunku Naquiyuddin.

Baginda bertitah, berhubung pindaan perlembagaan 1993, penghapusan kekebalan Raja-raja adalah perkara serius memandangkan Malaysia mungkin satu-satunya negara yang rajanya tanpa kekebalan seumpama itu.

P/S : Hidup ketuanan melayu, sapa ler dulu yg buang kekebalan raja nie yer, lama tu dah 15 tahun...PEKEMBAR punya org kena bersuara nie, baru nama mempertahankan ketuanan Melayu....Hidup Raja Melayu...
Zaini76

Tanpa Nama berkata...

Mahathir tiba-tiba makin lantang pulak bersuara tentang politik wang selepas Taib dan Ali Rustam bertanding untuk jawatan Naib Presiden dan KJ untuk jawatan Ketua Pemuda.

Adakah Mahathir sedang menyusun strategi bagi mengekang kemaraan "musuh-musuh" Muhyiddin dan Mukhriz?.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa beliau tak bersungguh-sungguh perangi gejala politik wang pada zaman beliau dulu? Bila dah teruk sekarang ni barulah beliau mula menyalahkan Pak Lah kerana tidak menangani gejala ini... Mengarut betul Mahathir ni... Lepas tu, terang-terang pula 'back up' anaknya kononnya Mukhriz bersih daripada rasuah...

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah Mahathir. Bosanlah bila beliau bercakap. Tak habis-habis nak memburukkan lagi nama UMNO dan Pak Lah. Apa agenda sebenar Mahathir agaknya? Apa yang ingin ditonjolkan?