Isnin, 7 September 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
MANUSIA OH MANUSIA
kereta mula berasak asak. pergi dan datang. jalan semakin penuh. ruang semakin sempit
lalu bergeser sebuah kereta
cermin pandang belakang terlanggar
maka keluarlah si pemandu menyumpah marah
marah marah dan marah
mukanya merah lagi marah
tangannya digenggam mulutnya menyumpah
pemandu ini betul betul marah
dia menarik baju. dia mengangkat tangan. dia mengherdik. dia betul betul marah.
bila kau terlihat ini tersenyumlah
bila kau terpandang ini ketawalah
ianya sering berlaku
manusia telah berubah tingkah laku
kiranya kereta kau tercarik terlanggar
apa yang kau lakukan
bangun mengherdik menyumpah marah
hilang perhitungan dan naik darah
kiranya kereta kau tercarik terlanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan naik darah dengan sumpah seranah
bayangkan anak anak kelaparan di iraq dan kabul
bayangkan anak anak yang mati di congo
berapa nilainya dengan sebuah cermin kereta
kiranya kereta kau bontonya kemik dilanggar
jangan kau marah menyumpah
jangan berlaku kasar meludah ludah
kau bayangkan ozone bumi ini yang semakin rekah
kau bayangkan ikan dilaut semakin susah
kau bayangkan panas bumi ini semakin meresah
betapalah nilainya sebuah cermin kereta
dengan bencana yang sedang di hadapi manusia
betapa nilainya cat di pintu kereta
dengan segala senjata nuklear pemusnah semua
jika kau masih ingin marah
pandang ke langit dan lihat awan
betapa indahnya bumi ini
hutan pokok batang dahan ranting daun dan buah
daun daun menguning akhirnya lurah
gugur ke bumi tersusun indah
ke dalam ke bumi sarapan cacing
kembali bertukar menjadi baja
bergembira hutan se belantara
udara panas menyerlah
berderai hujan bersepah sepah
bumi menjadi subur basah
semua bernafas semua beralah
kepada yang maha esa pembawa aflah
betapa indahnya bumi ini
dan kau hanya bertengkar
kerana pintu kereta tercalar
dan kau hanya bertengkar
kerana tidak dinaikan pangkat awal
petang ini bila kau memandu pulang
ingatkan bait bait ini
agar kau tersenyum riang
kerana hidup ini lebih indah
dari sebuah cermin kereta yang pecah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Bro Isham...
Bermakna utk yg mahu memahami...
Nasihat2 ini berguna utk yg mahu menhayati...
Teruskan bakti2 ini...bang isham...agar lebih ramai rakyat akan mampu berfikir...
Terima kasih...
lebih baik naik bas
mlm kelmarin,hujan lebat.gua ngan 2 org kawan jalan kuar gi sahur..ade sebuah kereta ni sengaja memecut apabila menghampiri kitorg dan mlanggar lopak2 air brhmpiran..basahlah kuyup lah kitorg..drebar kereta ngan awek dia ketawa..kitorg yg basah ni senyum je kat dorg tu..da biasa da kena mcm ni,kira benda yg wajib kena jika duduk di KL ni..kemudian dorg tu agaknya sbb tgk reaksi kitaorg,trus trdiam,seperi trgamam dan trus blah..mgkin dorg nak tgk kitorg marah kot kena mcm tu kahkahkah potong stim trick tak menjadi..macam2 perangai manusia..
kpd yg berkereta,hormat lah sikit pejalan2 kaki..
selamat berbuka puasa
Bravo...
Sungguh berkesan.
Terima kasih kerana tulisan ini sungguh memberangsangkan dan memberi satu pengertian baru tentang marah....
Jakfar
KSA
selamat berpuasa saudara isham
semoga dapat merasa gulai itik serati lagi
ya. negara kita dah penuh dgn manusia2 meroyan yang tidak tahu bersyukur dgn nikmat yg masih ada.sajak ini sungguh membekas..
TT, saya ingat Mekah 2004. Dua kereta berlanggar,bumper dan bumper. Kemek sikit.
Saya dalam van, perhati dengan suspen.
Kedua-dua pemandu keluar. Lelaki.
Bila di luar, boleh pulak kedua-dua mereka berbalas-balas senyum, pastu check sana check sini, peluk-peluk dan beredar....
Kalau di sini, saya dah kena belasah agaknya.
terima kasih isham. tazkirah kau berkesan di hatiku.
sri hartamas
tengkiu bro isham, amat bermakna
Tahniah Bro,
Bahasamu bersahaja tapi kesannya mendalam buat yang mahu menghayatinya.
Ramadan madarasah untuk mengajar dan menguji kesabaran diri kerana di kala ini syaitan dirantai. Lalu yang marah-marah itu siapa sebenarnya?
Kata seorang pakar motivasi, salah satu cara untuk mengawal kemarahan adalah dengan mencatatkan apakah yang kita marahi dan perlakuan kita semasa sedang marah selepas setiap kali kita marah.
Kemudian diwaktu yang lain ketika perasaan marah sudah tiada cuba semak semula catatan berkenaan.
Pasti ada yang melucukan. Sebab orang yang sedang marah biasanya kurang waras berfikir.
hebat sungguh BUAH yang dihidangkan kali ini
terimalah sebuah sajak kontot
tentang BUAH ini...
kah kah kah
kah kah kah
ini BUAH memang enaki dan lazat...
bukan durian bukan rambutan bukan jugak langsat...
Buah yang sungguh berzat, boleh di di beri utk bikin ubat kepada orang2 yang jiwanya tenat...
tenat kerana sarat dengan perangai bangsat.. mcm aku lah kot..kah kah kah..
BUAH ini tiada ada di sembarang tempat...hanya tumbuh ditaman yang di pagari tembok dan dikunci rapat,...taman yang hanya mampu di BUKA oleh orang-orang yang KUAT ..BUAH yang hanya mampu dipetik oleh orang-oerang yang hebat...
mereka hebat dan kuat mungkin kerana mereka kuat ibadat?
atau mungkin kerana mereka kuat mengingat? atau mungkin depa ni rajin berjalan, tak takut sesat tak reti penat? mungkin kerna sombong mereka telah hilang dibuang tidak terlihat?
yang jelas mereka ini TELAH mendapat Rahmat, jiwa mereka merdeka, bebas tidak terikat, mudah jiwa mereka mendetect nikmat...bersyukur bukan lagi suruhan malahan sudah menjadi adat...
untungnya mereka-mereka yang dikatakan KUAT itu...
aku hanya mampu berdiri diluar tembok , menahan sabar sambil berangan adakah aku mampu memBUKA pintu taman enaki..?
selamat memBUKA
kah kah kah
kah kah kah
cantik.
marah bila tuhannya dilanggar..ini tuhan baru manusia bernama kereta..hisham..siarkan balik artikel pasal tuhan baru manusia yg ko tulis kat ricecooker.kerbau.com dulu..buleh ka?
abang hisham
melah print out sajak ni
tampal kat workstation melah kat MOF neh
aku tersengih sendiri tiap kali aku baca sajak ni.
tahniah abang hisham
p/s: tahun ni takde bonos.huhuhu
SUKANYAAA!!!!!
Catat Ulasan