BERITA AMAT
MENARIK
WAJIB BACA
DG TELITI
SIAPAKAH
YANG LEBIH
TINGGI DARI
PENGERUSI
AMANAH MARA
SAJA TANYA
JANGAN MARAH
SPRM siasat pembelian hartanah
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai akan memulakan siasatan mengenai pembelian hartanah oleh anak syarikat Mara, Mara Incorporated Sdn Bhd, di Melbourne, Australia, yang dipercayai melibatkan seorang orang kenamaan.
Siasatan itu dijangka menyusuli laporan mengenai kes itu oleh Setiausaha Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata), Adzley Ab Manas di SPRM, semalam.
Bagaimanapun, suruhanjaya itu tidak mendedahkan identiti individu yang mungkin dikaitkan dengan kes berkenaan atau menyatakan apakah kes ini akan disiasat di bawah penyalahgunaan kuasa atau rasuah.
Sementara itu Adzley, dalam laporannya berkata, beliau mendapat maklumat baharu iaitu pembelian syarikat tidak aktif dikenali sebagai Scarlett Nominees dibuat sebelum pembelian apartmen Dudley International House di Australia yang sedang disiasat SPRM.
Beliau mendedahkan, bahawa pembelian hartanah berkenaan yang dikendalikan firma guaman dan jurunilai dari Malaysia berharga 41.8 juta AUD.
“Daripada pembelian itu, anak syarikat Scarlett Nominees iaitu Thrushcross kemudian membeli satu hartanah di Swanston di Melbourne dengan harga 23.5 juta AUD,” dakwanya.
Menurut Adzley, ia kemudiannya dicagarkan kepada Westpac Bank Australia untuk membeli dua hartanah di Dudley berhampiran Universiti Monash.
“Saya percaya hartanah ini dibeli dengan manipulasi harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran oleh Mara Inc,” katanya.
Beliau percaya arahan membeli syarikat domain datang daripada pihak atasan yang lebih tinggi daripada Pengerusi Mara.
Adzley berkata, semua sedia maklum Pengerusi Mara yang sedang digantung, Tuab Haji Annuar Musa pada 9 Januari lalu telah memberi keterangan kepada SPRM untuk membantu siasatan namun hingga kini pembelian syarikat itu tidak disahkan.
“Sehubungan itu, saya mahu merujuk kepada SPRM sama ada mereka tahu pembelian syarikat tidak aktif tersebut dibuat untuk beli hartanah berkenaan sebelum dicagarkan untuk beli hartanah di Dudley,” katanya.
Beliau meminta SPRM mendedahkan sejauh mana siasatan dilakukan supaya orang ramai tahu jika ada penyelewengan berlaku.
PERASUAH
KITA DAH
INTERNASIONAL
BUKAN HANYA
BERJOLI DUIT
RASUAH
DI LUAR NEGARA
KINI PERASUAH
DAH LINTAS
SELAT MELAKA
DAH TIBA MASA
ILMU RASUAH
DIAJAR DI UITM
ATAU MULAKAN
DARI PASTI
DAN TADIKA
-------------------------
6 ulasan:
Power tuh...,,
Anak sapa tuh ????
Lahanat betul tuh.
Kita bani melayu semua berasa bangga dgn kejayaan ini
sekejap LULUS
sekejap TAK LULUS
memang parti PUTAR BELIT dari dulu-dulu-dulu-dulu lagi.........
aneh, pon tak de peluang menang!
Bila terlalu bergaya,
Nafsu tamak haloba,
Besar dari kepala,
Nak cepat kaya-raya,
Nak membukit laba,
Yang menggolek bala!
Tt apo rumusan kau bilo tengok sequence of events atau turutan peristiwa begini:
Hari1: rafizi umumkan ada bukti aliran duit 1mdb ke akaun seseorang,
Hari2: chip pendakwa umumkan takde suruh sprm henti siasat duit src,
Hari3: pdrm umumkan dah selesai siasat 1mdb dah serah pada chip pendakwa,
Hari4: pm buat 1 portfolio baru dalam kabinet dan lantik sepupu sendiri jadi menteri tanpa ada timbalan,
Hari5: aku tanya kau soalan ni.
Eh, Hari5: sprm umum mula siasat jualbeli hartanah oleh mara yang pengerusinya annuar musa, yang bosnya pulak adalah...pm?
Catat Ulasan