Rabu, 17 Mei 2017

BERITA BAIK UNTUK AMANAH









BERITA BAIK

UNTUK

AMANAH


Putus hubungan dengan PKR gusarkan akar umbi PAS

MEREKA bekerjasama dengan baik pada dua pilihan raya umum (PRU) lalu dan berganding bahu ketika demonstrasi jalanan menentang Barisan Nasional (BN).

Ramai di antara mereka menjadi kawan.

Tetapi kini, akar umbi PAS terpempan selepas muktamar PAS di Alor Setar baru-baru ini mendesak hubungan dengan bekas sekutu mereka, PKR diputuskan.

Majlis Syura, badan tertinggi parti Islam itu pada minggu lalu mewartakan perpecahan PAS dengan PKR.


"Ini akan menyusahkan PAS kerana pengalaman lalu mengajar kita apabila sendiri, kita tidak akan ke mana," kata Mohamad Khairudin dari Selayang Indah, Selayang.

Pada PRU13, rumah Khairudin dijadikan markas gerak kerja PAS untuk kawasan DUN Taman Templer, Selayang.

Beliau dan isterinya rela berkorban apa saja untuk membantu jentera PAS termasuk menjadikan rumahnya sebagai markas PAS dan menempatkan petugas parti itu di luar kawasan yang datang membantu.

Dengan bantuan beliau dan kerjasama jentera PKR dan DAP di kawasan itu, calon PAS Zaidy Talib buat pertama kalinya menang di DUN Taman Templer.

Zaidy menang dengan majoriti 7,467 mengalahkan calon BN, Subahan Kamal yang menang pada 2008 di mana pada masa itu calon PAS masih kalah kerana kurang sokongan Cina.

Zaidy sendiri mengaku, beliau menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya masyarakat Cina.

"Sekarang hampir semua pengundi Cina tidak akan bersama PAS lagi," kata Khairudin yang menjadi penggerak kempen untuk PAS pada PRU13.

Selepas PAS berpecah dan tertubuhnya Amanah dan kini PAS memutuskan hubungannya dengan PKR pula, Khairudin antara pihak yang bersedih.

"Keputusan Majlis Syura memutuskan hubungan dengan PKR menyebabkan satu kehilangan besar buat kami di akar umbi," kata Muhamad Kassim, AJK Pemuda PAS Padang Terap.

Katanya, PAS dan PKR bekerjasama dengan PKR sejak 1999 dalam PRU dan pelbagai aktiviti lain termasuk demonstrasi.

"Sudah pasti bila PAS bergerak sendirian, kita jadi lebih lemah. Macam manusialah, kalau seorang tak berapa kuat, kalau berdua semakin kuat, kalau bertiga bertambah lagi kuat," katanya kepada The Malasian Insight.

Apa yang dirasai Khairudin dan Muhammad turut dirasai bekas ketua Pemuda PAS Johor, Ahmad Abdullah yang sudah 58 tahun bersama PAS.

Kerana tidak berpuas hati dengan hala tuju parti itu selepas putus dengan PKR dan kelihatan mesra Umno, beliau bersama 16 lagi ahli keluarga dan rakannya keluar meninggalkan parti itu.

Dengan keluarnya Ahmad, 83, PAS cawangan Parit Medan, Semerah, Batu Pahat yang diketuainya akan lumpuh kerana hampir semua ahli jawatankuasa keluar parti bersamanya.

"PAS sekarang sudah caca marba dan bingung. Saya tahu mereka masih sayang kerjasama dengan PKR bahkan DAP serta Amanah. Mereka tahu, kalau bercerai PAS yang akan mati.

"Tetapi kerana malu dan ego, mereka ambil jalan sendiri. Bila dah bercerai dengan yang lain, mereka hendak dengan tidak hendak pula dengan Umno," katanya yang pernah menjadi ketua Pemuda PAS Johor pada 1964.

Ahmad antara ribuan ahli PAS yang meninggalkan parti itu selepas Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar.

Selain cawangan Parit Medan, Amanah menubuhkan 15 cawangan baharu di Johor, negeri tempat lahirnya Umno iaitu sembilan di Pontian dan enam lagi di Sri Gading.

Seorang penyokong dan pengundi PAS sejak sekian lama, Wan Mohamad Yusof berkata sepatutnya tiga exco PAS Selangor – Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Ahmad Yunus Hairi meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri.

"Ini baru matang dan sejahtera," katanya yang sudah mengundi dan menyokong PAS sejak 1978. – 17 Mei, 2017.



SEMUA KELUAR

MASUK BERSATU

MASUK AMANAH

MASUK PKR

SEMUA BERES

AMIN





----------------

1 ulasan:

Lebai Roger berkata...

Ini jawapan lebai Q7rovermini, kalah pun tak apa dijamin syorga........siapa sokong Amanah dan PH akan masyuk neraka.