Rabu, 17 Mei 2017

BANI MELAYU DAN BUDAYA PENAKRIF


  

BANI MELAYU 
DAN 
BUDAYA PENAKRIF

Bani apa  pun  dalam dunia ini yang tidak tahu dari mana asal usul mereka akan terus memiliki jiwa hamba. Bani yang berjiwa  hamba terus merasa  merasa rendah diri, merasa terkepong,  manai intelek dan bebal fikrah. Contoh terbaik yang boleh saya nyatakan  ialah Bani Melayu.

Dalam kebebalan dan berjiwa hamba ini sesekali  dilihat dan terbaca keangkuhan dan bodoh sombong Bani Melayu yang berpotensi meenjadi lawak benua.

Siapa yng tidak mengingati hari semalam akan lupa hari ini. Dan pasti tidak sedar hari esok. Ini syarat  sosial dan hukum tamadun kewujudan negara bangsa.

Apabila dinyatakan bahawa tamadun Lembah Bujang, Langkasuka dan Ganga Negara sebagai permulaan tamadun Bani Melayu ramai yang buta  fikrah  tidak mahu menerima hakikat. Apabila dikatakan bahawa Prameswara itu saorang Putera Hindu maka  ada Bani Melayu yang merasa  pitam.

Biar saya terangkan disini bahawa memang  betul agama Prameswara itu Hindu tapi Prameswara ini  Bani Melayu dari Palembang. Bumi  asal usul Wan Empok dan Wan Malini. Betul di Lembah  Bujang yang wujud ialah candi Hindu tapi warga di Lembah Bujang ialah Bani Melayu.

Betul agama Hindu ini berasal dari Bharat atau India. Tapi ini tidak bermakna warga di Lembah Bujang yang ke sawah atau ke bukit mencari damar dan rotan bukan Bani Melayu. Yang menyembah Dewata Mulia Raya itu bukan Bani India dari benua Bharat.  Sang Dewata Mulia Raya ialah Tuhan Bani Melayu ketika Batu Bersurat  Terengganu diukir.

Hindu ini hanyalah kepercayaan. Hindu ialah agama saperti agama Kristian, Buddha atau Islam.

Bani Melayu pun banyak pegangan agama. Di Bali ada Bani Melayu Hindu. Di Filipina ada Bani Melayu Christian. Dalam pendalaman  Semenajung Tanah Melayu  -  Bani Melayu dari suku Senoi, Jakun , Temiar  - semua   tidak beragama. Untuk Bani Melayu yang tidak beragama ini tidak ada konsep syurga, neraka atau bidadari.  Ertinya Hindu atau Kristian atau tak beragama ini  bukan Bani. Melayu tetap Melayu kalau pun dia beragama  Hindu, Kristian, Islam atau tidak  memiliki agama.

Jiwa hamba  Bani Melayu yang paling jelas ialah menumpang bangga atas kejayaan orang lain. Menumpang bangga  kerana kejayaan orang lain ini adalah psikik jiwa hamba. Media  Bani Melayu  sering heboh dengan kejayaan pemikir dan ahli falsafah di era Baitul Hikmah di Baghdad.

Selalu kita terbaca tentang Al-Farabi, Ibu Sinna, Biruni, Khwarazmi - yang dipapar agar Bani Melayu dapat menumpang ‘ glamour’.  Ini pun salah berglamour kerana ini sosok-sosok ini  bukan jenis Arab Saudi. Mereka ini adalah Bani Parsi. Intelektual  dan pemikir dizaman Baitul Hikmah  kebanyakan bukan Arab dari Saudi tetapi Bani Parsi.  

Malah Abu Nawas yang menjadi sebutan-sebutan Bani Melayu itu bukan sahaja  berasal dari Parsi malah seorang homoseksual yang puisinya dirayakan di Baghdad oleh Khalifah Harun al-Rashid hingga ke hari ini.  


Ini fakta bukan lebong dari Hishamuddin Rais. Kalau kurang yakin sila tanya Lebai Google. Semua asal usul sosok-sosok ini akan dinyatakan dengan jelas.

Apa yang ingin saya nyatakan disini bukan menafikan kejayaan sosok-sokong pemikir zaman Baitul Hikmah atau pemikir zaman mana pun. Atau tidak merayakan fikrah mereka. Fikrah berasal usul dari Bani mana pun amat penting untuk tamadun dunia. Yang saya cuba paparkan ialah kita tak perlu menumpang kejayaan Bani Parsi sahaja - kita sendiri wajib mengeluarkan pakar, pemikir, intelektual dan ilmuan untuk dirayakan oleh warga dunia. Menumpang bangga sahaja  adalah tanda jiwa hamba dan intelek manai.

Bani Melayu wajib memiliki jatidiri yang kukuh. Tidak memiliki jatidari yang  kukuh hasilnya ialah Orang Melayu yang kita semua lihat pada hari ini.

Bani Melayu hari ini telah hilang pedoman moral. Betul Bani Melayu zaman ini telah meningglkan  Sang Dewata Mulia Raya dan menyembah Allah.  Mereka telah dijanjikan syurga, neraka dan bidadari - ini janji sambungan dari zaman Hindu mereka.  Tapi  Bani Melayu yang menyembah Allah ini telah juga meninggalkan garis  asas pedoman agamanya - amal makruf nahi mungkar .

Justeru kerana jatidiri Bani Melayu ini simpang siur , kacau bilau dan tunggang  langgang maka Bani China dan Bani India  melihat bahawa Bani Melayu ini TIDAK memiliki kualiti dan tahap kepimpinan.

Bani China dan Bani India dan Yang Lain di Tanah Melayu ini melihat Bani Melayu ini senang dirasuah. Bani Melayu ini cakapnya tidak boleh dipakai - kluk klak - dulak  dalik. Bani Melayu sesudah sembahyang tangannya sentiasa menampong berdoa kepada Allah tapi tangan yang sama  cukup ligat untuk menerima rasuah.

Kerana tanpa satu jatidiri yang kuat maka Bani Melayu ini sedang dilihat sebagai Bani yang amat senang dibeli. Kalau tidak dengan duit, dibeli dengan Amoi. Kalau gagal dibeli dengan Amoi  mereka  boleh dibeli dengan kuasa dan kedudukan. Hati Bani Melayu akan cair apabila melihat Mini Cooper atau AudiQ7.

Inilah tahap jatidiri Bani Melayu hari ini.

Justeru kerana ini kita melihat bagaimana  Malaysia hari ini dalam keadaan kacau bilau. Bani Melayu  dari sejarahnya Lembah Bujang dari sejarah arkeoloji Orang Perak  adalah Orang Asal dibumi ini. Tetapi  telah gagal memainkan peranan mereka untuk melahirkan sebuah negara bangsa dalam  masyarakat majmuk.

Saya cukup yakin semua ini berlaku  kerana Bani Melayu tidak memiliki  jatidiri yang kukuh.  Bani Melayu tidak dapat mengajukan BUDAYA PENAKRIF untuk Malaysia kita.

Apa dia budaya penakrif ini?

Budaya penakrif ialah budaya induk dalam mana mana tamadun. Kalau kita ke German budaya penakrif ialah budaya German.  Kalau kita ke United Kingdom budaya penakrif ialah budaya Anglo-Saxon.  Di Jepun budaya penakrif ialah budaya Jepun. Kalau kita ke Tanah Besar China budaya penkarif ialah budaya Han.  

Tetapi di Tanah Melayu ini Bani Melayu  telah gagal untuk memunculkan satu  budaya penakrif untuk diikuti dan dihayati oleh  Bani China dan Bani India yang datang ke Tanah Melayu  yang dibawa oleh Inggeris.

Tanpa jati yang kukuh dan kompak Bani China dan Bani India memperlekehkan segala bentuk percubaan Bani Melayu untuk memunculkan budaya penakrif ini. Contoh terbaik terjadi pada tahun 2008 apabila kerajaan Selangor bertukar ganti. Ini berkaitan dengan pemakaian songkok - simbol Bani Melayu.  

Ada suara-suara dari pemimpin Parti DAP telah tidak bersetuju memakai songkok untuk ahli Dewan Undangan. Lihat bagaimana  angkuhnya Bani China ini. Kenapa Bani China ini berani angkuh? Ini kerana Bani Melayu sendiri tidak memiliki jati diri yang kukuh.

Saya berani berkata demikian kerana Bani China ini tidak pula menentang memakai pantalon dan kameja dalam hidup harian mereka.  Mereka sedia terbuka hati menggunakan pakaian  Bani Eropah. Tetapi dengan lucah mereka berani menolak songkok. Ini kerana mereka tahu Bani Melayu ini sabising mana pun akan senyap jika duit bertukar tangan. Ini hakikat.

Bani Melayu sebagai Orang Asal Tanah Melayu telah  gagal untuk melahirkan satu tamadun bangsa. Simpang siur budaya, kacau bilau bahasa hanyalah manifestasi dari kegagalan Bani Melayu  kehadapan menjadi  teraju pimpinan  untuk melahirkan  budaya penakrif di Malaysia.

Lihat sahaja dalam hal bahasa. Kalau di Peranchis ada  Akademi Peranchis yang menjaga  bahasa Peranchis. Mustahil imigran dari Algeria yang telah duduk bertahun-tahun di Peranchis tidak mengetahui bahasa Peranchis. Mustahil ini adalah jawapan budaya penakrif Peranchis.

Akademi ini mengawal dan menjaga kesucian bahasa penakrif Peranchis. Tidak akan terselit bahasa Arab dalam drama Tv Peranchis walau ada hampir 10 juta  warga keturunan Arab di Peranchis.

Bagitu juga di United Kingdom.  Budaya penakrif  ialah budaya  Anglo-Saxon. Cerita-cerita rakyat,  dongeng dan mitos budaya semuanya berasaskan Anglo-Saxon. Sesiapa yang datang ke UK  untuk ‘ cari makan’ wajib mengikuti dan taat kepada budaya  penakrif ini. Bahasa Inggeris adalah bahasa penakrif  walau pun wujud  Bahasa Wales, Scottish dan Irish.

Justeru tidak pernah termasuk sepatah pun bahasa Melayu dalam drama TV  BBC, Chanel4  atau ITV. Mustahil BBC sebagai induk penjaga bahasa dan budaya penakrif akan membenarkan sepatah dua kata  penggunaan bahasa Melayu dalam laporan berita mereka. Mustahil sampai kiamat pun ini tidak akan terjadi.

Di Siam budaya penakrif diatur oleh lembaga budaya Siam.  Perkataan baru atau objek baru yang wujud dalam dunia akan diberi nama Siam. Talipon misalnya ialah talibersuara. Manakala Tv ialah kaca bergambar. Ini peranan budaya penakrif.

Malah kita baca nama-nama  warga Siam   yang berasal dari Bani Khamer, Bani Laos, Bani Burma atau Bani Melayu diSiamkan nama mereka. Pekara yang sama dilakukan  di Indoesia. Justeru kita bertemu dengan Basuki Chahaya Purnama a.k. a Tjung Bang Hok a.k.a Ah Hok.

Kewujuan budaya penakrif ini penting untuk mendirikan tamadun negara bangsa.

Semua ini tidak terjadi di Tanah Melayu. Ini kerana jati diri Bani Melayu tidak kukuh dan simpang siur. Kenapa simpang siur?  Jawabnya kita wajib kembali kepada sebab musabab yang paling  asas. Ekonomi menentukan segala-gala. Budaya  penakrif juga ditentukan oleh ekonomi.

Ekonomi Bani Melayu lembik dan tidak kukuh maka manifestasinya ialah jatidiri yang lembik dan kacau bilau. Akhirnya kita kembali ke persoalan nasional. Kemana kita dari hari ini? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu kan bahalol

Biasa lah

Tanpa Nama berkata...

Haha.. masih ada hati stim lagi ko ni Isham nak komen pasal bani super bodoh ni. Banyak makhluk sudah nampak, sejenis spesis yg suka olok2 dan hidup laksana kebudak2an ialah BANI MELAYU.

Bani Melayu tiada fikrah bersungguh2 dlam sesuatu hal. Ini saja kualiti yg Bani Melayu ada. Masuk Islam pun olok2. Jadi lebai pun olok2. Jadi menteri pun olok2. Jaga masjid pun olok2. Jadi imam pun olok2.

Selagi DNA spesis Bani Melayu ini terus berkembang, ko jangan bermimpilah nak maju. Terkadang gua terpikir, ada baguih gak pembersihan sesetengah etnik ni. Bangsa tak guna, super tolol abadi dan suka main olok2 perlu pembersihan. Yg supreme akan survive. Welcome to barbarian age.

Nazrio berkata...

BetuL TUK Tt daLam ban Lembah bujang.. .tapi daLam ban Hinduism saya Lebih akin bani meLayu Lah yg berdakwah ke Venus India, sebeLum Zaman Lanka Suka Zaman Lembah bujang... MubaLigh bani meLayu Lah yg bawaK agama Hindu ke India.saya beLum sempat mengumpuL data, sebab GAMPANG umnQ ni kacau periuk Nasik, petroL Dan berbagai KeperLuan Harlan, ciLaka umnQ GAMPANG betuL umnQ saya nak buat kajian pun terbantut bencat... TaK mengapa biarkang Takat ni Hindu came from India Tunggu umnQ mampus aku surah kan SejaraH yg kah kah kaH Lagi

Tanpa Nama berkata...

Power