Jumaat, 16 April 2021

NAJIB MAKIN BIJAK

 

SEMENJAK

MENINGGALKAN

BIK MAMA

NAJIB JADI BIJAK

AMIN

JADI DEMOKRATIK

AMIN

BERJIWA RAKYAT

AMIN 



Covid-19 tak reda selepas 3 bulan darurat, kata Najib

MALAYSIA menjadi satu-satunya negara mencatat peningkatan kes Covid-19 semasa dalam tempoh darurat kesihatan, kata Najib Razak.

“Selepas darurat tiga bulan kononnya untuk melawan Covid-19 - sedikit penurunan dalam kes baru, kematian baru naik, jumlah pesakit dalam ICU naik, kluster baru dikesan naik, bilangan kluster yang masih aktif naik, dan kadar kebolehjangkitan (R0) naik,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.

Nilai R0 digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan Covid-19. Semakin tinggi R0, semakin ramai yang akan mendapat jangkitan. 

Najib juga berkata Malaysia bukan sahaja satu-satunya negara di dunia yang isytihar darurat dan menggantung Parlimen atas alasan untuk membendung pandemik.

“Malah kita satu-satunya negara dalam dunia di mana situasi Covid menjadi lebih berbahaya selepas 3 bulan pelaksanaan darurat.”

Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik statistik jangkitan Covid-19 memaparkan 2,232 kes baharu yang direkodkan pada 11 Januari (semasa darurat diisytihar) dan 2,148 kes yang dicatat semalam.

Statistik itu juga menunjukkan angka kematian hanya 4 kes pada 11 Januari, berbanding 10 semalam. Manakala jumlah pesakit di wad ICU naik kepada 212 orang semalam berbanding 187, sementara jumlah kluster Covid-19 bertambah kepada 346 berbanding 258 pada 11 Januari.

Perdana Menteri Muhyiddin semalam sekali lagi menegaskan tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat.

Beliau yang juga presiden Bersatu berkata pengisytiharan darurat diputuskan semata-mata untuk membendung penularan pandemik Covid-19 dan mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

“Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit Covid-19.

“Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan darurat ini,” katanya ketika berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam. – 16 April, 2021. 

SAYANG

TERLAMBAT

AMIN

KALAU TIDAK

NAJIB

PEMIMPIN ISLAAM

YANG SYUMUL

YANG SUCI

YANG ALIM

KAH KAH KAH 



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apasal lama sangat sekor nih SAH BANDUAN cuma belum kena KACIP masih diangkat...

ahli parlimen...masih kekal

datuk seri...tidak di lucut title sedangkan datuk datuk yang lebih kecil jumlah seleweng atau hukuman sudah lupus datuk datuk seri nya...

masih bertali leher dan pakaian berjenama...

masih berduit...LHDN saman 1.7 billion pun dia masih boleh bergerak!

Apa badan penyiasat tidak merobek jalan gelap sumber kewangan sekor nih kat mana datang nya...its a basic tactical manoeuvre war on crime or just a straight war...kalau pihak yang nak menang dia kena purge the 'SUPPLY LINE', maka di sini tak kan tidak dapat kesan supply line sekor nih ah?

Bosskeparat nih bukan bijak pun kalau dulu dia nak menipu dengan menipu berkata dia tidak bodoh kalau nak menipu tak kan duit dibawa masuk dalam negara dan masuk ke account persendirian...dia nak tipu pun bodoh menipu yang akhir nya apa yang dia tipu menjadi sendiri tertipu...kwang kwang kwang!

Arymanchino berkata...

Perompak dan penyamun memang akan jadi cerdik bila dah dekat dgn Sg Buloh.Tambahan pula dah lena tidur sbb ade pelapik sedap dan xdengar lg mak badak berdengkor..