Jumaat, 16 April 2021

JADI TIKUS RAHMAT

 


JADI

TIKUS RAHMAT

KHALAS



EU rancang tidak lanjut kontrak vaksin AstraZeneca, J&J pada 2022 

SURUHANJAYA Eropah (EU) memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J)  berikutan laporan kesan sampingan masalah darah beku, lapor Sputnik.

Sebaliknya blok itu akan menggunakan vaksin berasaskan RNA, seperti yang dibangunkan Pfizer dan Moderna, menurut akhbar Itali La Stampa pada Rabu memetik sumber kementerian kesihatan.

Pada Selasa, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (AS) mengesyorkan penggunaan vaksin J&J dihentikan susulan enam kes darah beku. 

Berikutan itu, syarikat AS berkenaan mengumumkan untuk menangguhkan pelancaran vaksin yang dirancang di Eropah.

Bulan lalu, vaksin AstraZeneca mencetuskan kebimbangan selepas dilaporkan menyebabkan darah beku. 

Meskipun laporan pengawal selia EU mengesahkan trombosis pasca-suntikan adalah kesan sampingan yang “sangat jarang”, sebilangan negara melarang penggunaannya. – Bernama, 15 April, 2021.


JANGAN JADI

TIKUS MAKMAL

AMIN



Tiada ulasan: