HUJAN TURUN AWAL
JAM 3 ++ HUJAN SAMPAI
JAM 3 ++ HUJAN SAMPAI
JAM 4++ HUJAN BERHENTI
CUACA SEJUK
DAN NYAMAN
MACAM UDARA DI BUKIT FRAZER
AMIN
MUNGKIN INI DOA
DARI MAK CIK PAK CIK
BAZZAR RAMADAN
CUACA BAGINI
AMAT BAIK UNTUK BERJUALAN
SEMOGA REZEKI
MEREKA LUMAYAN
PETANG INI
AKU BAWA TAK TAK DAN EZI
KE HOKKIEN
YANG SENYAP SUNYI
AKU BERBUAL DENGAN INGATAN
LALU TERINGAT KEMBALI
ZAMAN ZAMAN DULU
MATA AKU MEMANDANG
DI TANAH PERKUBURAN
TAPAI IMAJINASI
AKU PULANG JAUH
KE SATU ZAMAN
DI MANA AKU DISAWAH
MENCARI PADANG RUMPUT
KERANA AKU ADA
MEMILIHARA SAEKOR KERBAU
KINI DEPAN MAT AKU
DUA EKOR ANJKING
YANG SAMA SETIANYA
SAPERTI KERBAU AKU
YANG TELAH WAFAT
SATU MASA YANG LAMA DULU
AMIN
PUASA INI
AKU MENIMBANG BADAN
AKU NAK MELURUHKAN
LIMA KILO
PETANG INI
AKU BERBUKA
DENGAN 2 BUTIR KURMA
DARI BAM IRAN
DUA HIRIS KUIH LAPIS
DAN
SEMANGUK BUAH
PISANG MANGA DAN APPLE
SAHUR DAN BERBUKA
MENU AKU SAMA
TAK BERALIH
JAM 8 AKU MAKAN
SALAT DAN GULAI DAGING
YANG AKU PANASKAN
TELAH MASAK 4 HARI DULU
DAN
SAMBAL IKAN MASIN
YANG TELAH AKU BUAT
3 HARI DULU
OOOOH
AKU ADA JERING MUDA
INI YANG MENARIK
MALAM INI
JAM 9 AKU AKAN
KE CHOW KIT
MERANCANG UNTUK
MINUM KOPI ACEH
DI RESTORAN GARUDA
KEMUDIAN
MENCARI JERING DAN AVOKADO
HARGANYA LEBIH DEMOKRATIK
HARGA BORONG
AMIN
ESOK KITA PUASA LAGI
SELAMAT BERBUKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan