Jumaat, 16 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 394

 



KHALWAT KE 394

 JUMAAT 16/4/2021
KITA MASUK KE HARI 394
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 93

PUASA
HARI KE 4

DUNIA MASIH DISERANG KOBID
GERMAN KACAU
SEPANYOL PORTUGAL REDA
ITALI TAK ADA BERITA

INDIA NAZAK

ANGKA KITA
TERUS MENINGKAT
ADUH !

TELAH DIUMUMKAN
TELAH DI OLAH
BAHAWA RAYA INI
TIDAK ADA RENTAS NEGERI
WOW
GUA SEDIH
TAPI GUA  FAHAM JUGA


100 TAHUN DARI HARI INI
JIKA ADA ANAK MUDA
MENCARI MAKLUMAT
HENDAKNYA DIA AKAN
TERJUMPA APA
YANG GUA TULIS INI
AMIN

PAGI INI GUA AWAL
KE HOKKIEN YANG 
BASAH DAN SEJUK
KELMARIN HUJAN LEBAT

GUA DISAMBUT OLEH
HOW WOW
DARI POKOK YANG SAMA
HOW WOW
CUKUP SETIA DENGAN HOKKIEN

GUA DENGAR JUGA 
MERBAH DAN TIONG

KALI INI GUA 
TAK IKUT TREK BUKIT 
GUA IKUT JALAN LAMA

ADA DUA KERETA
YANG MASIH MENZIARAH KUBUR
GUA TERNAMPAK
SATU KELUARGA  4 ORANG
SEDANG MEMBAKAR


DARI JAUH GUA NAMPAK
KUALA LUMPUR  BERKABUS
HOKKIEN JUGA BERKABUS

AWAN MENDUNG 
ATAS KUALA LUMPUR
MENJANJIKAN HUJAN LAGI

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
HUBUNGAN PERSAHABATAN
TIDAK PERNAH MATI
DENGAN SENDIRI
IANYA DISERANG
EGO
KURANG HORMAT
PENTINGKAN DIRI
DAN
BELOT

BRO
ORANG KUAT
TIDAK JATUHKAN ORANG LAIN
DIA ANGKAT NAIK
ORANG YANG JATUH

BRO
SEBELUM BERSUARA
FIKIR DULU
APAKAH IANYA BENAR
APAKAH IANYA MEMBANTU
APAKAH IANYA BERI INSPIRASI
APAKAH IANYA  PERLU
APAKAH IANYA  BAIK

BRO
BELAJAR KERJA SENDIRI
IANYA AKAN
GAGAHKAN KITA

BRO
INGATLAH
SEMUA YANG ADA
DISEKELILING KITA INI
HANYA SEMENTARA
HANYA
CINTA DAN KASIH SAYANG
DARI  HATI KITA
YANG BERKEKALAN

BRO
JANGAN HEBOHKAN
PROJEK LU
KALAU LU BELUM MULA

BRO
YANG DILUAR ITU
KITA TAK BOLEH DI KAWAL
HATI KITA
BOLEH KITA KAWAL

SEMUA YANG INDAH
LAHIR DARI KERJA KUAT
DAN
TEKUN

DIDIK FIKRAH KITA
UNTUK  MELIHAT
KEBAIKKAN DALAM
SEMUA KEADAAN

SETIAP YANG BERAKHIR
ADALAH
SATU PERMULAAN

BRO
KESILAPAN YANG LU LAKUKAN
ADALAH TANDA
LU TELAH CUBA MEMBUATNYA


BRO
JIKA DALAM HIDUP INI
LU TAK DA HARTA
TAPI LU ADA KAWAN YANG BAIK
LU ADALAH ORANG KAYA
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUAN SEKARANG

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT




Tiada ulasan: