Isnin, 21 Julai 2025

LANGKAH TEPAT PUALU BALI


Bali haramkan pengeluaran plastik pada 2026

BALI: Pentadbiran wilayah Bali merancang untuk haramkan pengeluaran pembungkusan plastik kecil atau 'sachet' bermula 2026, susulan cadangan pencinta alam sekitar selepas sekatan pengeluaran botol minuman bawah satu liter.

"Saya menyokong sepenuhnya. Ia dibuat selepas kajian mengenai uncang bersaiz kecil, sama ada (larangan) akan diputuskan pada 2025 atau 2026," kata Naib Gabenor Bali, I Nyoman Giri Prasta,seperti dipetik portal berita detik.com.

Katanya, pentadbiran wilayah ketika ini memberi tumpuan kepada larangan pengeluaran botol minuman.

Beliau menambah, terdapat kemungkinan larangan pembungkusan plastik membabitkan barangan lain akan dibuat pada 2026.

"Kita sudah bincang mengenai perkara ini, akan ada keputusan kemudian," katanya.

Bekas ketua daerah Badung itu berkata, Gabenor Bali, Wayan Koster mengambil langkah bijak dengan mengharamkan pembungkusan berasaskan plastik.

Bagaimanapun, syarikat Perancis, Danone masih dibenarkan menjual minuman dalam botol memandangkan ia sudah di peringkat pengedaran.

"Langkah ini penting supaya generasi seterusnya dapat melihat Bali bersih dan hijau," katanya yang juga ahli politik dari Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan.

Sebelum ini, Agensi Penyelidikan Sungai Nusantara (BRUIN) menyarankan Koster turut menyasarkan pembungkusan plastik lain, bukan hanya tertumpu kepada pengharaman air botol. - AGENSI


SALUT

TABIK HORMAT

PADA BALI

AMIN

INI LANGKAH

TEPAT SELAMATKAN

HIDUP DARI

RACUN PLASTIK

KHALAS


Tiada ulasan: