PAGI INI
PAGI INI
SENIN 21 JULAI 2025
LAGI 4 HARI KITA BERDEMO
TAK RAMAI YANG TURUN
Demo pada Sabtu 26 Julai ini 2025 pasti TAK RAMAI akan turun KAH KAH KAH. Awal berita HIMPUNAN DI KEDAH tak sampai 2000 orang datang. Di Permatang Pauh ada 35 ORANG ANAK MUDA BERMOTO. Di Shah Alam tak sampai 200 orang – DI KOTA BARU entah berapa ekor yang datang dengar ceramah. Kah kah kah. KAH KAH KAH.
Juga diberitakan sejak semalam 11 orang PEGAWAI KERAJAAN yang telah BERJANJI akan turun telah tarik diri. Ini kerana ada arahan dari Setiausaha Negara yang ingatkan mereka dengan lagu RUKUN NEGARA kah kah ka. KAH KAH KAH.
Di Perak juga sama. Awal ada 5 ahli UMNO yang anti DAP akan turun tapi bila MB beri ingatan. Semua tarik diri. Kah kah kah.
TAPI nasib baik PDRM akan hantar 2000 orang polis. Maka DATARAN MERDEKA tidak akan di lihat kosong. Tidak nampak rumput hijau – kah kah kah
KIRA PUNYA KIRA kalau ada 3000 datang berdemo campur 2000 polis maka sampai juga angka yang gua harapkan. Gua hanya harapkan 5000 orang akan turun. Jika cecah 5000 ini maka pasti GERAKAN RAKYAT TURUNKAN ANWAR tidak akan malu. AMIN.
IKLAN DEMO 26 Julai 2025.
Heboh heboh heboh. Banyak yang kurang faham bahawa iklan untuk demo ini penting. Dulu masa gua susun DEMO ZAMAN MAHAFIRAUN – kami paling takut jika TIDAK ADA LARANG DARI POLIS.
Bila UTUSAN keluar kenyataan POLIS LARANG HIMPUNAN maka kami tersenyum. Kah kah kah, Kami mahu POLIS MELARANG Bila di larang akan keluar berita. Bila ada berita maka makin ramai tahu. Ini di zaman takda media sosial.
Kali ini Polis ada buat kenyataan. MB Perak larang ahli UMNO turun. Setiausaha Negara buat berita larang pegawai kerajaan. Angkatan Muda PKR buat laporan polis – Ini amat bijak dan amat-amat di alu-alukan.
Wahai AMK – SILA BUAT LAGI LAPORAN POLIS – ada empat hari lagi – KAH KAH KAH – kah kah kah – KAH KAH KAH – amin
JEPUN
Parti Pemerintah LDP – kalah dalam undian DEWAN NEGARA. Tapi PM masih ingin terus jadi PM.
RUSIA
Negara ini tidak akan berganjak dari rancangan awal Rusia. Empat wilayah DONBAS akan menjadi wilayah Rusia kerana warga disini telah memilih untuk bersama Rusia.
CAMEROON
Paul Biya calon Presiden paling tua – berumur 92 tahun. Dah jadi Presiden semenjak 1982. Amat susah untuk dikalahkan.
INDONESIA
Di Riau pembenihan awan telah di mulakan. Ini kerana panas makin terik. Di harapkan hujan akan turun untuk menghalang jerebu dan hutan terbakar.
ARAB SAUDI
Kempen DISTINASI SAUDI – sebelum ke UMRAH ke konsert dahulu. Sebelum ke HAJI tonton perlawanan bola. Jeng jeng jeng.
AFRIKA SELATAN
Tarif yang di kenakan oleh TRUMP akan menyebabkan lebih dari 100,000 warga hilang kerja. Paling terkesan ialah industri tanam anggur untuk wine.
INDONESIA
Pulau Bali tahun depan akan mengharamkan penggunaan PLASTIK. Langkah bijak untuk tidak mengotorkan alam
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar berangin. Matahari dah muncul. Cahaya lemah. Langit bercapuk-capuk berawan biru putih dan pucat. KL & KL Sentral berkabus dan berjerebu. Panas bawa jerebu.
Tapi di Bukit Kiri dan di Bukit Kanan suara Tekukur kuat menyambut pagi. Tiong juga berlegar disana sini.
Di pintu masuk Murai berkicau indah. Hari ini akan panas. Gua menunggu Hujan Rahmat. Malah pokok-pokok bunga dan rumput juga sedang menunggu Hujan Rahman bawa air.
Daun di pokok bunga Raya dah mula jadi kuning, Ini tanda kurang air. Bila gaknya hujan akan sampai? AMIN
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI SENIN
Nak ke mana wahai Cik Baka
Pagar di diri di tepi bahtera
Kita berdemo nak jatuhkan Madafaka
Agar negara selamat sejahtera
Kenapa Cik Baka tidak berkata
Apakah senyap kerana usia
Bila Madafaka tercabut takhta
Barulah dapat Melayu berkuasa
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan