Isnin, 21 Julai 2025

RON TAK JADI NAIK HARGA - KEJAYAAN PERTAMA


Pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dianjak kerana ia diteliti terperinci – Fahmi

KUALA LUMPUR – Penelitian terperinci terhadap mekanisme rasionalisasi subsidi bersasar RON95 menyebabkan pelaksanaannya mengambil masa dan perlu dianjakkan sedikit.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sedang memperhalusi setiap aspek demi memastikan pelaksanaannya kelak tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.

Terdahulu jurucakap kerajaan itu berkata, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim turut menyentuh isu berkenaan ketika Pemukiman Ahli-Ahli Parlimen yang diadakan semalam.

“Perdana Menteri ada menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar-dasar yang akan mendatangkan kesan yang negatif kepada majoriti rakyat.

“Sedang diperhalusi, penelitian itulah yang menganjakkan sedikit garis masa tersebut,” katanya ketika sidang media mingguan yang diadakan di Parlimen hari ini.

Ujar Fahmi, oleh kerana enggan membebankan rakyat maka kerajaan sebelum ini melakukan beberapa penambahbaikan terhadap dasar yang telah diumum.

“Itulah antara sebab kenapa setelah pelaksanaan beberapa dasar sebelum ini sama ada (berkaitan) penyasaran semula subsidi diesel dan beberapa ikhtiar yang lain kita lihat perlu ada sedikit penelitian mekanisme penyaluran itu.

“Dan memastikan tidak ada kesan negatif maka kalau kita lihat perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga ada beberapa perkara diteliti setelah diumumkan maka beberapa penyesuaian dilaksana.

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana tapi telah dibayangkan atau disebut sebelum ini (iaitu) mengenai (subsidi bersasar) RON95,” jelasnya.

Sebagai rekod, rasionalisasi subsidi RON95 sebelum ini dijangka dilaksana pada pertengahan tahun.

Pada awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua,  Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, kerajaan kini di peringkat akhir dalam perancangan pelaksanaannya.

Terdahulu, kerajaan berhasrat melaksanakannya untuk mengekang ketirisan serta memastikan sektor perniagaan dan golongan kaya turut memberi sumbangan yang adil kepada pendapatan negara. – 

INI KEJAYAAN

PERTAMA DEMO

26 JULAI 2025

AMIN

BELUM PUN 

BERDEMO HARGA

RON95 TIDAK JADI

NAIK HARGA

JENG JENG JENG

INI BUKTI KALAU

KITA KE 

JALAN RAYA

BANYAK PERKARA

BOLEH  BERJAYA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: