Kain rentang ‘Pecat Pengkhianat’ dipasang di Selangor
SHAH ALAM – Beberapa kain rentang yang tertera mesej ‘Pecat Pengkhianat – Keadilan Selangor Teguh Bersama Dato’ Seri Presiden’ dilihat dipasang di sekitar kawasan di negeri itu hari ini.
Ia dipercayai sebagai isyarat jelas sokongan akar umbi terhadap Presiden Parti Keadilan, Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri.
MalaysiaGazette difahamkan, kain rentang itu muncul menjelang Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Keadilan yang diadakan di negeri itu disertai pimpinan serta perwakilan dari seluruh Selangor.
Pertemuan berkenaan bertujuan memperkukuh jentera parti dan menyatukan kekuatan menjelang hala tuju baharu selepas Pemilihan Keadilan 2025.
Menurut sumber, Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor, Amirudin Shari turut tampil menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Anwar.
Amirudin juga menyifatkan tindakan segelintir ahli Parlimen yang mempersoalkan Presiden PKR melalui sidang media terbuka sebagai satu bentuk provokasi yang mencetus persoalan mengenai pelanggaran kod tata etika parti.
“Tindakan yang dilakukan secara terbuka ini bukan sahaja mencabar institusi kepresidenan malah mengganggu kestabilan dalaman parti.
“Kita teguh bersama presiden,” tegas Amirudin dalam pertemuan tertutup tersebut.
Sembilan ahli Parlimen Keadilan sebelum ini mengadakan sidang media mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.
Antara yang terlibat termasuk Ahli Parlimen Pandan merangkap mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Langkah itu mencetus perdebatan dalam kalangan ahli parti dengan sebahagian besar akar umbi melihat ia sebagai tindakan tidak berdisiplin dan bercanggah dengan semangat kolektif parti. –


1 ulasan:
Kalau pecat gang 9 Jahanam ni, ko ingat ko dah menang ..syial
Pecat la, lagi bagus, tak payah LaPIGi dan gang dia kena bayar jizyah.
PukiRr ni dah jadi kongsi gelap ke, nak masuk bayar yuran ahli RM 10, nak keluar kena bayar jizyah RM1 juta..
Bisnes apa ni? Skim apa ni ? Ingat jual agama dan lendir je menguntungkan..jual keldai politik pun masyuk juga kah kah
Catat Ulasan