ANWAR
BIN IBRAHIM
BUAT KERENAH
LAGI
AMIN
NAK TUTUP
CERITA KES
ISAP PELIR
YUSUF RAWTHER
AMIN
BUAT BODEK
LANCAR BUKU
ARWAH SM IDRIS
DATUK KEPADA
YUSUF RAWTHER
AMIN
TIGA ANAK
ARWAH SM IDRIS
BANTAH
KHALAS
S. M. Mohamed Idris
Mengenai Pelancaran Buku CAP
Pada hari ini, di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengadakan majlis pelancaran sebuah buku yang kononnya bertujuan mengenang dan meraikan sumbangan arwah ayah kami, S. M. Mohamed Idris.
Majlis tersebut telah berlangsung tanpa kehadiran atau kerestuan zuriat beliau. Ketidakhadiran kami adalah satu manifestasi bantahan yang nyata. Kami ingin menegaskan bahawa pihak keluarga tidak pernah memberikan persetujuan untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menukilkan kata pengantar, atau terlibat dalam apa jua kapasiti berkaitan buku tersebut, memandangkan kes salahlaku DSAI terhadap cucu arwah, Muhammed Yusoff Rawther.
Kami telah memaklumkan kepada CAP secara jelas dan berulang kali bahawa kami membantah dan tidak merestui pengelibatan DSAI dalam hal ini. Namun, bantahan kami diabaikan sepenuhnya, malah DSAI tetap diraikan dan diberikan peranan utama sebagai perasmi majlis.
Arwah S. M. Mohamed Idris tidak pernah mencari publisiti, sanjungan atau pengiktirafan. Beliau tidak menumpang kuasa politik untuk mengabsahkan perjuangannya. Sepanjang hayatnya, beliau menjauhi pentas, gelaran dan kepentingan diri. Tindakan CAP hari ini adalah penyelewengan nyata terhadap prinsip tersebut, memperalatkan nama dan legasi seorang tokoh berprinsip demi kepentingan institusi dan politik semasa. Ini bukan penghormatan. Ini perampasan legasi ayah kami.
Ayah kami semasa hayatnya, berusaha untuk hidup berdasarkan seruan: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. [An-Anam, 6:162]
Ini adalah panduan dalam hidup beliau; dan ia adalah amat mengecewakan untuk kami, kini melihat nama dan legasi beliau diperalatkan sebagai satu bahan.
Pengeksploitasian Politik dan Komodifikasi Legasi Arwah
Kekecewaan kami semakin mendalam apabila mendapati poster promosi acara ini turut menyertakan simbol dan logo-logo inisiatif kerajaan dan kebangsaan seperti 'Malaysia MADANI', 'ASEAN Malaysia 2025', dan 'Visit Malaysia 2026'.
1
Tindakan CAP mengaitkan legasi S. M. Mohamed Idris, seorang aktivis yang terkenal dengan sifat kritikal dan bebas, dengan agenda-agenda kerajaan yang tidak relevan adalah tidak wajar.
I. Arwah ayah kami tidak pernah dikaitkan dengan inisiatif atau organisasi tersebut. II.Penggunaan logo-logo ini jelas merupakan satu bentuk komodifikasi dan eksploitasi
nama dan jasa beliau demi mengukuhkan imej politik DSAI.
Cara hina untuk mendapatkan keuntungan politik ini adalah amat tercela, kerana ia memberikan gambaran palsu bahawa legasi arwah bersetuju atau bersekutu dengan inisiatif semasa yang tiada kaitan dengannya.
Kegagalan Moral CAP
Tindakan CAP dalam perkara ini mencerminkan kegagalan moral yang serius. Adalah tidak wajar Anwar Ibrahim yang penulisannya tidak direstui keluarga, diberikan ruang menulis kata pengantar dan penghormatan utama dalam majlis yang meraikan arwah. Pihak penganjur bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti waris arwah, malah memilih untuk menutup mata terhadap kezaliman yang sedang kami hadapi; sesuatu yang diketahui umum.
Jika CAP benar-benar masih berpegang kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh salah seorang pengasasnya, CAP wajib menegakkan prinsip keadilan, bukannya mendukung seorang individu telah menyerang ahli keluarga kami, dan kini, melengahkan proses undang- undang yang sedang berjalan.
Kegagalan CAP untuk berbuat demikian akan mengesahkan bahawa organisasi ini telah menyimpang jauh daripada prinsip asalnya, dan bahawa legasi S. M. Mohamed Idris kini diperalatkan demi kepentingan politik dan untuk kepentingan diri, bukannya keadilan.
Bertarikh: 15.12.2025
AYISHA IDRIS
FATHIMA IDRIS
KHATIJA IDRIS



Tiada ulasan:
Catat Ulasan