Terkini: Insiden serangan di Pantai Bondi, Sydney, 12 maut
SYDNEY: Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut, termasuk seorang penyerang selepas insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, hari ini.
Perdana Menteri New South Wales (NSW), Chris Minns, berkata sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian tembakan pada acara Hanukah Yahudi di Pantai Bondi, termasuk seorang yang dipercayai sebagai penembak.
"Ini adalah malam yang dahsyat untuk Sydney.
ADVERTISEMENT
Rakaman tangkap layar video UGC menunjukkan pengunjung berlari menyelamatkan diri selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam kejadian di Pantai Bondi, Sydney hari ini. - Foto AFP
Rakaman tangkap layar video UGC menunjukkan pengunjung berlari menyelamatkan diri selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam kejadian di Pantai Bondi, Sydney hari ini. - Foto AFP
"Pengganas mahu rakyat Australia berpecah-belah dan bergaduh antara satu sama lain dan kita tidak boleh membiarkannya berlaku," katanya.
Menurut polis, penembak kedua berada dalam keadaan kritikal dan pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud penyerang ketiga.
Polis turut mengesahkan seramai 29 orang dikejarkan ke hospital, termasuk dua anggota polis yang berada dalam keadaan serius dan kritikal.
Insiden itu diklasifikasikan pihak polis sebagai serangan keganasan.
Sementara itu, Polis NSW bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO), Mike Burgess, memaklumkan seorang penyerang sememangnya dikenali pihak berkuasa, namun tidak dianggap sebagai ancaman, sebelum kejadian.
Pada jam 6.47 petang tadi (waktu tempatan), polis dan anggota pasukan kecemasan menerima panggilan dari Archer Park, kawasan berumput di utara Bondi Pavilion yang terletak di belakang pantai berkenaan.
Rakaman video yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pantai, selain adegan menyayat hati mangsa yang terbaring di atas tanah sambil menerima rawatan.
Tidak lama sebelum jam 8 malam, polis memaklumkan dua individu berada dalam tahanan dan penyerang aktif sudah 'dineutralkan'.
Sementara itu, Ketua Eksekutif bersama Majlis Eksekutif Yahudi Australia, Alex Ryvchin, berkata pengarah media organisasi itu cedera dalam kejadian itu.
Perdana Menteri, Anthony Albanese, menggelarnya sebagai 'serangan antisemitisme jahat' dan 'saat gelap bagi negara'.
Bagi Ketua pembangkang, Sussan Ley, berkata rakyat Australia berkabung susulan keganasan bermotif kebencian yang menggemparkan 'jantung' sebuah komuniti ikonik Australia, tempat yang amat dikenali dan disayangi semua.


1 ulasan:
Kerana isle itu indah..kakakak...
Catat Ulasan