Isnin, 15 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 15 DISEMBER 2025

MELAYU


KITA MASIH MELAYU
Kemarin gua di Pasar Chow Kit -   Gua  rasa ini adalah pasar buah, pasar sayur dan pasar ikan termurah DI KUALA LUMPUR. Saban minggu ini rutin gua. 

Sabtu Ahad memang ramai pelanggan  – Bibik Indon – Mat Bangla – Mat Indon – pelancong luar – datang ke pasar – Dari luar negara cari buah-buah tempatan – manggis dan rambutan.

Kemarin gua beli manggis, rambutan, avokado, betik, pisang kaki – untuk seminggu – murah – termurah di Kuala Lumpur.

Tapi yang paling menarik ialah Minah Melayu datang naik motosikal. Ada bawa kawan  membonceng – ada datang solo. Semua   DATANG ke pasar untuk membeli barangan.

Ha ha – menarik – untuk gua MINAH BERMOTO adalah tanda BAHAWA MALAYSIA masih selamat dari BUDAYA ARAB. 

Untuk gua jika Minah Melayu tidak ada lagi bermotor – Minah Pengkid tidak bermotor -  maka  ini tanda  kita nak jadi Arab.

MINAH BERMOTOR ini  untuk gua adalah termometer untuk kita membaca  suhu ke gilaan NAK JADI ARAB. Amin.

AUSTRALIA
Pantai Bondi dekat Sydney dah jadi macam pantai Gaza.  Mayat bergelimpang. Di Pantai Gaza soldadu   Yahudi bunuh Arab Palestin. Di Pantai Bondi Yahudi dibunuh Australian.

UKRAINE
 Presiden Ukraine Zelensky  bersetuju  untuk tidak menjadi anggota NATO. Ini adalah salah satu tuntutan Rusia.

CHILE
 PRU di Chile Presiden yang menang dari  garis kanan. Kempen anti PENDATANG HARAM macam kempen Trump.

INDIA
Jerebu yang paling tebal melanda New Delhi. Kota ini menjadi kota paling kotor dan paling bahaya untuk kesihatan dalam dunia.

HOKKIEN
Pagi ini basah segar sejuk. KL & KL Sentral berjerebu. Langit pucat. Matahari tidak kelihatan. Kemarin hujan.

Siti dan keluarga datang menunggu makanan.  Jantan Baik jadi kepala. Pagi ini tak ramai datang makan – Ezi bersopan – dia tahu ini bukan untuk dia – hanya memandang dari jauh  Siti dan keluarga makan.

Bila kami berjalan ke Wakaf Tiga  - Jantan Baik terus bergurau dengan Tak Tak -  mereka semakin mesra – malah Tak Tak cium bontot Siti – dalam  dunia Anjing ini adalah  cara bertanya khabar.

Gua harap hari ini akan panas – bila ada mata hari semua boleh jadi. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN

BRO
Hari esok adalah milik lu jika lu buat persiapan hari ini.

BRO
Jika lu sombong lu akan di lihat bangang.

BRO
Jika lu berilmu  lu tak perlu tayangkan gambar lu dapat ijazah di dinding ruang tamu. Amin

BRO 
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: