Selasa, 16 Disember 2025

INDONESIA BARU SEDAR BAHAYA HUTAN GONDOL



Banjir Sumatera: Indonesia batal 22 permit perhutanan di seluruh negara

JAKARTA: Indonesia akan membatalkan lebih daripada 20 permit perhutanan di seluruh negara, selepas banjir dan tanah runtuh yang dahsyat memusnahkan sebahagian pulau barat laut Sumatra.

Menteri Perhutanan, Raja Juli Antoni, berkata kerajaan akan membatalkan 22 permit perhutanan yang meliputi lebih satu juta hektar tanah.

Beliau berkata, lebih 100,000 hektar daripada permit yang dibatalkan itu terletak di Sumatera.

"Dengan tambahan satu juta hektar lagi hari ini, kira-kira 1.5 juta hektar hutan kita kini telah dikawal selia," katanya, merujuk kepada jumlah keseluruhan susulan keputusannya pada Februari lalu untuk membatalkan permit yang meliputi kira-kira 500,000 hektar tanah.

Sebelum ini, aktivis alam sekitar dan pakar menegaskan kehilangan kawasan hutan memainkan peranan besar dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 1,000 orang serta membawa aliran lumpur deras ke perkampungan, pada bulan ini.

Hutan berperanan menyerap air hujan dan menstabilkan tanah melalui sistem akar, manakala ketiadaannya menjadikan sesuatu kawasan lebih terdedah kepada banjir kilat dan tanah runtuh.

Berikutan itu, Raja Juli menyifatkan bencana berkenaan sebagai peluang untuk menilai semula dasar kerajaan.

Indonesia sering tersenarai antara negara yang mencatatkan kehilangan hutan tahunan terbesar di dunia.

Aktiviti perlombongan, perladangan serta kebakaran menyebabkan pembersihan kawasan luas hutan hujan tropika negara itu sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Lebih 240,000 hektar hutan primer hilang pada 2024, menurut analisis oleh syarikat pemuliharaan The TreeMap melalui projek Nusantara Atlas.

INILAH AKIBAT

TAK DENGAR

CAKAP NGO

AMIN

NGO SELALU

BERI INGATAN

HUTAN DARA

JANGAN DIGONDOL

AMIN

HUTAN BALAK

JANGAN

 DI ROMPAK

AMIN

BAHAYA UNTUK

ALAM & MANUSIA

KHALAS

Tiada ulasan: