Selasa, 16 Disember 2025

ADA MALAON TIDAK DI PILIH RAKYAT !!!


Zaliha, Mohd Na’im, Saraswathy digugurkan


PUTRAJAYA – Seramai dua Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim hari ini.

Menteri yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu, turut digugurkan ialah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Zaliha akan digantikan oleh Hannah Yeoh yang bertukar portfolio daripada Kementerian Belia dan Sukan, manakala Mohd Na’im digantikan Timbalannya, Dr. Zulkifli Hasan.

Sementara itu, jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara kini digalas R. Yuneswaran.

Secara keseluruhan, tujuh Menteri dan Timbalan Menteri daripada Kabinet lama tidak lagi berada dalam Jemaah Menteri baharu, termasuk tiga yang mengumumkan meletakkan jawatan serta seorang yang tamat tempoh Senator.

Mereka ialah  Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi); Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam);  Ewon Benedick (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan  Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).



WOIT

ADA MALAON

YANG TIDAK

DIPILIH RAKYAT

MASIH JADI

MENTERI KE?

AMIN

HANYA SATU

JAWAPAN

KHALAS

Tiada ulasan: